Nuffnang ads

Friday, June 21, 2013

Cinta Pertama Zack Dan Hana

Pagi itu zack termenung keseorangan mengingat kan aruwah mak dan ayah nya yang telah lama Meningal dunia dalam kemalangan jalan raya untuk balik kerkampung beraya bersama nenek nya Semasa itu zack masih berumur 10thn,skarang zack tingal dengan nenek nya di perak Dari jauh adam dan ilham menghampiri zack,adam dan ilham adalah kawan baik pada zack semenjak Kecil lagi kemana saja mereka bertiga akan pergi,mandi sungai,pnjat pokok apa saja mereka lakukan bertiga, “adam memangil zack cepat la” Zack menoleh dan bercakap “hah adam cepat nak kemana ni” adam n ilham memandang sesama sendri, “hey zack kau lupe ker kite nak pergi mana” Zack memikir dan berkata “kite nak kemana ni adam” Adam berkata “zack kite kan nak pergi bercuti ke pulau langkawi dengan kawan-kawan semua hai macam mana Kau boleh lupe ni zack” “YA ALLAH aku lupe la adam,jom cepat” “la kau ni zack beg pakayan kau mana” “ada tu hah kat depan rumah” +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Di halaman rumah zack yati,ayu dan hana tengah menungu zack,adam dan ilham “zack kau ni kenape lambat ni hah”yati memula kan pertanyaan pada zack, “maaf la yati aku lupe la heheheheheeh” Zack terpandang hana,zack berbisik pada ilham yang ada di sebelah nya, “ilham sape budak perempuan tu” “oh hana sepupu yati yang bru berpindah kesini” “aku x thu pun ilham yati da sepupu” “kau ape tahu asik dengan dunia kau jer zack,dah la jom la nanti lambat pulak kita nk smpai” “nenek zack pergi dulu ye nenek” “ye la zack hati-hati yer menandu “ “baik la nenek assalammualikum nenek” “waalikummusalam” ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Mereka berenam smpai ke pulau langkawi sudah pun petang “emmmm penat nya kata ilham” “ok yang permpuan pergi cek in dulu kami yang lelaki akan angkat barang” Kata adam kepada yati,ayu dan hana “ok kata yati” “Nah adam ni kunci bilik korang kite rehat dulu lepas tu kite jumpa kat lobi hotel ini Untuk makan malam bersama”kata yati ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ “yati kenape zack tu mcm benci je kat hana kenape ye,zack x suka ke hana ikut korang ni” “x da la hana zack memang macam tu,dia tu pendiam sikit dah la jangan pikir yang bukan2, Lebih baik kite kemas kan barang cepat-cepat nanti nak turun makan lagi” “btoi kata ayu tu hana dh jangan pikir yang bukan-bukan lagi ok” ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ “zack kau ni kenape asik termenung je ini cube cerita dekat kita orang” “tak ada apa aku Cuma rasa yang aku dah mula jatuh cinta dengan hana la” “ah kau ni zack kenal pun belum dh jatuh cinta”kata ilham “ye la zack btoi ckp ilham tu dah lah jom cepat kita turun nanti dia orang tungu Lama pulak” ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ “lama nya korang ni dah lama kami tungu tahu tak”kata ayu dan yati “ye la kami mintak maaf”kata adam “dah jom kite pergi makan lapar dah ni kata ilham” Mereka bersorak jom ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Pagi nya zack nampak hana berseorangan di lobby hotel,zack terus mendekat kan diri Kepada hana, “selamat pagi hana awal bangun pagi ini” “oh zack selamat pagi hana dah biasa bangun pagi” “zack nak kemana ni pagi?” “oh zack ingat nak pergi jalan-jalan kejap,hana nak ikut tak” “tak ape la zack hana duduk sini saja” “kalau macam tu biar zack teman kan hana ye” “boleh aja sila kan” Zack dan hana hanya bnyak mendiam kan diri sahaja ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ “selamat pagi semua wah awal nya korang semua bangun kata ilham” “awal kau kata ilham,tu hah kau tengok kat sana zack dgn hana” “dah la tu biar kan dia orang mari kata ilham kepada mereka semua’ +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Hana kenape awak muram saja ni cerita dan kongsi la dgn zack Tak ada apa-apa zack hana teringat dekat emak hana, Kenape dengan mak hana,emak hana kan ada di pahang. Tidak zack emak hana sudah lama meningal dunia .. Oh maaf kan zack,zack tak sengaja,tak ada ape zack, Oh yer kite lupe kan masaalah hana,zack tu mana keluarga zack, Semalam masa dekat rumah zack hana tak nampak pun emak n ayah zack.. Keluarga zack dah x ada,dah meningal masa kemalangan, Oh maaf kan hana yer zack,eh tidak apa hana kite ni sama je kan . Ye zack kita sama jer....ok la hana mari kite sarapan dulu.... ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Hana boleh zack nak tanya hana sikit tak,zack nak tnaya apa Hana sudah ada kekasih hati ker,kenape zack tanya macam ni Oh x ada apa-apa Cuma zack hairan kekasih hana x marah ke Hana ikut kami bercuti itu sahaja.. Oh tak ada lah sebab hana tak ada kekasih hati lagi,kenape zack Zack tak suka hana ikut bercuti ke dengan zack dan kawan-kawan Tidak lah hana,zack ok je Cuma zack sbenar nya sayang dan cinta kan hana Zack tak tahu macam mana zack nak cakap tetapi sejak kali pertama Zack lihat hana zack telah jatuh cinta pada hana, Sudi tak hana jadi kekasih zack.... Zack hana tak terpikir semua ni bagi la hana pikir dulu yer zack.. Baik la hana zack akan tungu keputusan dari hana, Ok zack tapi apa-apa pun tungu lah selepas kita balik bercuti yer zack... Buat masa sekarang kita jangan pikir hal ini lagi ok zack.... Ok hana zack........ +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Seminggu telah berlalu zack dan juga kawan-kawan telah balik bercuti, Adam dan ilham datang ke rumah zack untuk mengajak zack keluar, Zack kenape lagi tu asik menung jer,kata adam. Yer la zack kenape ni sejak blik dari bercuti kau asik bermenung jer,kata ilham.. Oh tidak ada apa-apa aku Cuma menanti jawapan dari hana dah seminggu Dari kite balik bercuti tempoh hari sampai sekarang belum ada jawapan Tak tahu lah aku hana terima aku atau pun tidak... La pasal hana rupenya hai kawan kite ini dah angau dekat hana la ilham,kata adam... Hahahahaha yer la adam aku ingat kan kenape la kawan kite ni,rupa nya Dah angau dekat hana,ilham dan adam ketawa hahahahahahaah..... +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Kenape ni hana,kata yati Tidak ada apa-apa Cuma hana tengah memikir tentang lamaran zack yanh Hendak hana jadi kekasih nya,kata hana.. Bagus lah tu hana zack tu lelaki yang baik taw ayu dah kenal zack tu dari kecil lagi, Terima sahaja la lamaran zack tu hana,kata yati Emmm kalau macam itu esok hana akan bagitahu zack jawapan nya Macam itu la hana,dah sekarang kite tidur ye cik hana sayang,kata yati Yer lah bos yati, Mereka baerdua ketawa...... +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Assalammualikum,waalikummusalam oh hana,kata nenek Nenek zack mana?zack kemalangan hana nenek nak pergi hospital sekarang Apa dia nenek zack kemalangan,nenek hana nak ikut nenek dhah jom adam Dan ilham dah tungu tu.... +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Zack bangun la zack hana nak cakap sesuatu ini bangun la zack Nenek zack tak bangun nenek, Sabar hana doktor dah bagi ubat bius jadi buat masa sekarang ni zack tak bangun Mari hana kita pergi makan dulu kata nenek.... Betoi kata nenek tu hana mari lah kita pergi makan dulu yer Tak apa lah nenek pergi lah makan dengan adam dan ilham hana nak tungu sampai zack sedar.... Kalau macam itu tak apa lah nanti nenek beli kan makan untuk yati yer ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Zack bangun la hana nak bagi tahu yang hana sayang dan cinta kan zack Jangan la buat hana macam ini zack,zack bangun la Eerrrkkk......hana,zack syukur alahamdulilah zack dah sedar Zack kenape buat hana macam ini hana sayang kan zack Maaf,hana zack juga sayang n cinta kan hana....... +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ 5 Tahun Kemudian mama2 yer aiman sayang kenape ini emmmm mama tengok itu papa2 makan aiskrim aiman yer ker sayang,abang ni pun jangan la buat anak macam itu yer la aiman mari ikut papa2 beli aiskrim jom mama2 duduk sini yer papa2 pergi beli aiskrim dengan aiman anak papa2 yang dalam perut jangan nakal-nakal taw jaga mama2 kejap abang pergi kejap ye sayang...baik la abang hana berdoa semoga kebahagiaan sampai akhir hayat.....

Friday, June 14, 2013

maafkan mama sayang

Mira mengelap badannya yang basah dengan tuala biru. Apabila dirasakan badannya sudah kering, Mira belari-lari anak menuju ke almari Mickey Mouse yang terletak bersebelahan katilnya. Dibuka almari yang berwarna coklat, Mira merenung sejenak melihat baju-baju yang tergantung. Mira membelek dua tiga helai baju, akhirnya Mira memilih gaun merah hati separas lutut. Baju itu sebenarnya baju Kak Diba, tapi kak Diba tak muat lagi pakai baju itu. Bukan baju ini saja milik Kak Diba, malah hampir semua baju yang tergantung dalam almari ini adalah baju kak Diba. Kak Diba besar sikit daripada Mira. Kak Diba tinggi, kalau Mira jenjeng kaki baru sama tinggi dengan Kak Diba. Pantas tangan Mira menyarung gaun itu dan Mira menggayakannya di hadapan cermin. Kemudian Mira mencapai sikat, menyisir rambutnya yang pendek. Bedak 'Baby Johnson' yang terletak di atas kepala katilnya dicapai, digoncang bedak itu dan dituangkan di atas telapak tangannya yang comel. Bedak itu disapu ke mukanya yang agak gelap. Kulit kak Diba tak gelap, kulit kakaknya yang seorang itu putih, putih macam kulit mama. Agaknya sebab itu mama sayang dan selalu cium kak Diba. Selesai menyapu bedak, Mira pantas menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu rumah. Mira nak tunggu mama. Semalam Mira dengar mama cakap dengan kak Diba, nak bawa Kak Diba pergi ke KFC. Mama kata nak sambut hari lahir Kak Diba. Kata Kak Diba semalam, mama beli kek coklat Teddy Bear untuknya. Mira dapat bayangkan betapa seronoknya dapat makan kek. Tiap-tiap tahun mama belikan kek untuk Kak Diba. Atas kek itu mama letakkan lilin. Tahun lepas, Mira bilang atas kek Kak Diba, ada tujuh batang. Kak Diba tiup api lilin itu sehingga padam. Masa Kak Diba nak tiup lilin orang ramai akan nyanyi. Bila lilin dah padam orang semua tepuk tangan, kemudian Kak Diba pun potong kek. Kak Diba dapat banyak hadiah. Macam-macam hadiah kak Diba dapat. Tapi mama tak pernah beli kek untuk Mira, Mira pun nak tiup lilin juga, macam Kak Diba, tapi mana ada kek. Mira pun nak dapat hadiah macam kak Diba. Kadang-kadang Mira ambil kek muffin yang mama beli kat pasaraya bawa masuk dalam bilik, Mira kunci pintu bilik dari dalam kemudian Mira letakkan lilin besar atas kek kecil itu, kemudian Mira pun tiup. Tapi Mira langsung rasa tak seronok. Tak macam Kak Diba. Tak ada orang nyanyi dan tak dapat hadiah pun. Mira terdengar bunyi enjin kereta memasuki halaman, Mira terus bangun dan berjinjit memulas tombol pintu kayu yang berwarna coklat. Pintu terbuka, Mira lihat mama dan Kak Diba keluar dari kereta. "Hai Mira," sapa kak Diba sambil menanggalkan kasut sekolahnya. Mira hanya tersenyum. "Diba! pergi cepat mandi, nanti kita nak pergi KFC." Kata mama sambil berlalu masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan Mira. Mira menuruti mama. Mama ke dapur, Mira ke dapur. Mama minum air, Mira tunggu, kemudian mama naik ke atas, Mira pun naik juga. Mama jeling Mira, mungkin rimas kerana Mira asyik mengekori mama. Mira buat selamba je. Mira tetap ikut mama, kalau Mira tak ikut ke mana mama pergi nanti Mira kena tinggal lagi. Mira tak nak kena tinggal. Kalau kena tinggal, tak dapatlah Mira makan kek Teddy Bear coklat, tapi itu tak penting, yang penting Mira nak pergi KFC. Mira selalu dengar Kak Diba cerita seronok sangat pergi KFC. Lina dan Aishah anak makcik Eton pun selalu beritahu mereka seronok kalau dapat ke KFC, dapat makan ayam goreng, kentang goreng, ada permainan dan macam-macam lagi. Mira hanya terlopong mendengar cerita Kak Diba, Lina dan Aishah. Mira teringin benar nak ke sana. Lagipun Mira selalu tengok dalam TV iklan KFC, ayamnya sedap.Upin dan Ipin pun suka ayam goreng. Kalau tak sedap, masakan sampai mereka menjilat jari. Mama masuk bilik, Mira pun masuk sama. "Mira, kenapa ikut mama aje ni?," nyaring suara mama. Mira tak rasa takut pun kerana Mira dah biasa sangat kena marah dengan mama. Mira diam, hanya tunduk dan duduk di birai katil mama. Mama kemudiannya masuk ke bilik air. Bilik mama besar, ada tv, ada kerusi, katil mama pun besar, tak macam katil Mira, kecil aje. Berhadapan dengan katil mama ada sebuah meja yang dilengkapi cermin besar, atas meja tu ada macam-macam botol dan bekas. Ada gincu, ada bedak, ada celak. Yang Mira hairan celak mama macam pencil Mira dan Kak Diba. Mira ingat lagi mama piat telinga Mira, dan rotan punggung Mira kerana gincu yang baru mama beli patah, tapi sebenarnya bukan Mira yang buat, Kak Diba yang patahkannya. "Mama, tolong ikat tali belakang baju Diba," kak Diba tiba-tiba muncul. Cantiknya baju Kak Diba. Baju yang Kak Diba pakai tu, mama beli semalam. Warna putih dan ada sedikit corak. "Nanti kejap Diba, mama pakai baju dulu." Mama baru keluar dari bilik air, kemudian mama meluru ke almari besar, mama membuka almari, memilih baju. Banyak betul baju mama, macam-macam warna. Mama capai blaus dan seluar panjang berwarna biru lembut.Setelah siap pakai baju, mama ikat tali baju kak Diba. Kemudian mama pimpin tangan Kak Diba ke meja soleknya. Mama ambil sikat dan menyisir rambut kak Diba yang panjang melepasi bahu. Mama tak pernah pun sikat rambut Mira. Hanya Mak Mah saja yang kadang-kadang menyikat rambut Mira. Mama kemudian ikat rambut Kak Diba, mama selitkan reben di atas kepala kak Diba. Kemudian mama selitkan juga pin rama-rama di rambut Kak Diba. Bergerak-gerak rama-rama itu. Mama ambilkan bedak dan sapu di muka Kak Diba, kemudiannya menyapu bedak, gincu dan celak. Setelah siap, mama capai beg tangan yang warnanya sama dengan baju mama. Mama pimpin tangan Kak Diba menuruni tangga. Mira ikut dari belakang. Sampai di muka pintu Mira berlari pantas memintas mama dan Kak Diba menuju kereta Wira biru gelap, di laman rumah. "Nak pergi mana ni, Mira?" Mira diam dan semakin merapati kereta dan memegang pembuka pintu kereta. "Diba masuk." Mama membuka pintu depan. "Biarlah Mira ikut kita mama." Kata Kak Diba, "Tak payah! menyusahkan dan buat malu saja," tengking mama dan kemudian memegang kedua belah pergelangan tangan Mira dan menyeret Mira mejauhi kereta. Mira meronta minta dilepaskan gengaman tangan mama. Makin kuat Mira meronta makin kejap tangan mama memegang lengan kecilnya itu. "Eee degilnya budak ini. Mama kata masuk... masuk." Mira geleng kepala. "Mak Mah, Mak Mah ambil Mira ni...," lantang suara mama memanggil Mak Mah. Mira ditariknya ke muka pintu. Mak Mah yang agak gempal itu berlari terkedek-kedek. Mak Mah pegang Mira, Mira meronta mahu dilepaskan. Mak Mah peluk Mira. "Nanti Mak Mah bawa Mira pergi kedai, kita beli aiskrim ye sayang..." Mira meronta lagi, dia tak nak pergi kedai, dia nak pergi KFC. Mira dah puas pergi kedai tepi jalan sana tu, Mira dah jemu makan aiskrim. Mira nak makan ayam goreng macam dalam tv. Kereta biru tua mama meluncur laju meninggalkan Mira dan Mak Mah. Air mata Mira mengalir, Mira meronta lagi. Sampai hati mama tak bawa dia, Mira leraikan pelukan Mak Mah dan berlari naik ke biliknya. Mak Mah cuma melihat saja. Di hatinya terselit rasa simpati terhadap anak majikannya yang seorang ni. Mak Mah tahu puannya tak suka Mira. Bagi majikannya itu, kelahiran Mira seolah-olah membawa sial yang merampas segala kebahagiaan yang dimilikinya. Mira dilahirkan bisu 6 tahun lalu. Kehadiran Mira menjadi punca perpisahan majikannya yaitu Puan Maria dengan suami. Rumahtangga yang dibina tanpa restu keluarga itu terus berantakan dengan kelahiran Mira. Encik Rashidi tidak dapat menerima kecacatan Mira dan menuduh bahawa kecacatan berpunca dari Puan Maria. Keluarga Encik Rashidi juga cuba menangguk di air yang keruh, menghasut agar Rashidi meninggalkan menantu bukan pilihan mereka. Akhirnya Encik Rashidi berkahwin lain dan meninggalkan Puan Maria. Penceraian mereka memberi pukulan hebat kepada Puan Maria. Segala kemarahannya dihamburkan kepada Mira yang tak pernah mengerti apa-apa. Si kecil itulah tempat dia melepaskan segala amarahnya. Kadang-kadang Mak Mah cuba menasihati majikannya itu, tapi nasihatnya ibarat mencurah air di daun keladi. Lagipun Mak Mah sedar dia cuma orang gaji, mana layak menasihati majikannya itu. Mira menangis teresak-esak di katil. Segala benda di atas katil dibalingnya. Dia betul-betul rasa benci pada mamanya. Sampai hati mama meninggalkannya. Mama dah tak sayangkannya lagi. Memang tak pernah sayangkannya. Mama tak pernah beli baju untuknya. Mama tak pernah beli mainan atau buku untuknya. Mama cuma beli untuk Kak Diba seorang saja. Mama tak pernah cium pipinya. Yang mama cium hanya pipi gebu Kak Diba seorang. Mama tak pernah mendukungnya, jauh sekali membawanya berjalan-jalan. Cuma sekali, itupun tak sempat makan, mama telah menarik tangannya dan Kak Diba keluar dari restoran. Mira tak tahu kenapa, tapi yang pasti dan Mira lihat semua orang pandang ke arah mama, Kak Diba dan Mira. Mereka akan menjeling pada Mira bila Mira bercakap menunjukkan isyarat tangan. Mereka pandang dan berbisik-bisik. Lepas tu mama bawa Mira dan Kak Diba sebelum makanan terhidang.Mata Mira terpandang tabung berbentuk rumah yang terletak di kepala katilnya. Dicapainya tabung pemberian Mak Mah itu, Mira cuba membuka penutup tabung tersebut. Setelah gagal membukanya, Mira berasa geram sangat lalu menghempaskannya ke lantai. Berkecai tabung rumah yang diperbuat daripada tanah liat itu. Bertaburan duit. Mira pantas mengutip duit yang bertaburan itu dan kemudiannya memasukkan ke dalam poket gaunnya. Kemudian pantas Mira keluar dari biliknya dan berjalan berdengket-dengket menuruni anak tangga. Di hujung anak tangga, mata Mira melilau mencari kelibat Mak Mah. Mira tak nak bertembung dengan Mak Mah, dia tak nak rancangannya terhalang lagi. Perlahan-lahan Mira merapati pintu dan membukanya lalu keluar menuju ke arah jalan besar. Mak Mah mengesat peluh yang mengalir didahinya dengan hujung lengan baju kurung Kedah. Letih betul rasanya hari ni, mana tidaknya, banyak betul kerja yang perlu dibereskan. Dua hari dia bercuti, membukit baju-baju tak di basuh, bertimbun pinggan mangkuk dalam sinki. Itu belum lagi sampah yang lain. "Mana si Mira ni... senyap je. Biasanya petang begini Mira akan merengek nak itu, nak ini," bisik Mak Mah sendirian. "Tidur agaknya," teka Mak Mah sambil mengambil vakum untuk membersih permaidani di ruang tamu yang telah dihinggapi habuk.Terkejut Mak Mah apabila melihat pintu besar ternganga luas. Ditutupnya pintu itu kemudian dia bergegas ke tingkat atas. "Mira, Mira..." jeritnya. Tiada sebarang jawapan. Mak Mah menjengah bilik Mira. Terkejut Mak Mah melihat serpihan tabung Mira bertaburan fikir Mah begitu jua rasanya berkecai hati Mira. Hatinya diserbu rasa bimbang. Sejurus kemudian terdengar bunyi enjin kereta dimatikan. Mak Mah pantas turun dan bergegas mendapatkan puan Maria. Belum sempat Puan Maria menanggalkan kasut Mak Mah menerpa. "Puan, Mira dah tak ada dalam biliknya. Dia dah lari." "Lari? Mak Mah dah cari?" "Dah, tabung duitnya habis pecah." "Macam mana Mak Mah jaga dia?" Puannya mula naik angin. "Tadi Mak Mah membasuh, sedar-sedar masa Mak Mah nak bersihkan karpet ni, Mak Mah tengok pintu terbuka. Bila Mak Mah naik atas, Mira dah tak ada." Kian getar suara Mak Mah berkata. Kelopak matanya mula digenangi air. "Ke mana pula budak ni." "Mira mana Mak Mah?" tegur Diba yang sedang memegang plastik yang sarat dengan hadiah. "Assalamualaikum." Tiba-tiba terpancul Encik Latif suami makcik Eton di muka pintu. "Wa'alaikumsalam. Masuklah." Encil Latif melangkah masuk. "Puan Maria, saya harap Puan Maria banyakkan bersabar. Mira... Mira..." "Kenapa dengan Mira?" Hati puan Maria diserang kebimbangan. "Mira kemalangan, dia cedera parah. Saya terlanggar dia dekat hujung simpang sana tu," kata-kata Encik Latif bagaikan menghempas batu ke kepalanya. Berpinar-pinar pandangannya. "Mira... Miraaaaa...." "Mama... Mama..." Puan Maria terasa bahunya digoncang. Bila dia membuka matanya. Diba dan Mak Mah berada di sebelahnya. "Mama, Mira dah balik, tu ada kat luar. Tadi pakcik hantar. Tapi Mira tidur je dari tadi." Diba bersuara memberitahu mamanya. "Tidur?! Macam mana Mira Mak Mah?" "Sabarlah Puan Maria. Tuhan lebih sayangkan dia, sabarlah." "Tidak... Tidak Mak Mah..." Puan Maria pantas menerpa ke ruang tamu. Dilihatnya tubuh kecil yang pernah dibencinya kaku terbaring menghadap Ilahi. Puan Maria terjelepuk. "Maafkan mama, sayang..

Wednesday, June 12, 2013

izz wardina

Suasana redup petang itu sungguh menenangkan hati, namun bukan waktu untuk dirinya bertenang pada saat ini. Fikirannya mula berkocak, terganggu dengan hadirnya perkhabaran duka. Kini segalanya tak lagi seindah dulu. Kamera Nikon D80 yang berada dalam pegangan dipandang sayu. Satu persatu imej seorang gadis dalam pelbagai mood ceria yang dirakam pelbagai gaya ditatap satu persatu. Kandid adalah elemen wajib buatnya tatkala mengabadikan imej. Namun wajah itu paling manis apabila tersenyum. Kini senyumannya mati bersama pegunnya imej tersebut. Bibir merah itu tentu sahaja akan mengukir senyum tetapi sudah pasti bukan untuk dirinya lagi. “Dahlah tu Izz. Aku tahu kau sedih, tapi apa yang kita lakonkan tadi mesti dipertahankan. Kalau tak Dina jugak yang serba salah,” ucapan teman wanita abangnya itu sedikit sebanyak mengembalikan semangat yang hampir hilang. Inilah pengorbanan yang paling berat pernah dilakukan. Melepaskan wanita yang dicintai ke pangkuan lelaki lain. Namun Izz Zulkhairi tiada pilihan, melainkan rela akan segalanya dan berdoa agar si dia bahagia. “Terima kasih Natily. Kau banyak tolong aku. Kau memang kakak ipar yang paling sekepala dengan aku,” gadis itu hanya tersengih. Faham benar dengan perangai Izz yang gemar mengusik. Wardina Aisyah, kehalusan tutur katanya mampu mencairkan hati sesiapa sahaja yang mendengar. Ulas bicara yang kedengaran petah dan bersahaja mengundang perhatian kepadanya. Dia bijak, bersopan namun tetap merendah diri. Kematangannya menyerlah bersama pesona yang ditonjolkan. Mungkin orang luar menyangka dirinya sedang berbahagia kini. Jauh di sudut hati, segalanya dirasakan serba tak kena. Si manis ini runsing memikirkan nasibnya setelah dinikahkan sebentar lagi. Bakal suaminya, bukanlah ternama orangnya. Tidak juga terlalu istimewa tetapi cukup ciri untuk menjadi menantu idaman mama dan papanya. Dia sendiri bingung. Hatinya berbolak-balik memikirkan kewarasan akal yang begitu mudahnya menyatakan persetujuan. Naluri seorang anak membuatkan Wardina tidak tergamak menghampakan harapan kedua orang tua yang telah bersusah payah menjadikannya ‘orang’ seperti sekarang. Lantas dek kerana tidak mahu menjadi anak derhaka, dia rela mempertaruhkan kehidupan demi nama seorang isteri kepada lelaki yang sebelum ini hanya dikenali dengan sikap angkuh dan sombong selain mementingkan gaya hidup sosial. “Aku terima nikahnya Wardina Aisyah bt Mukhsin dengan mas kahwin RM 80.00 tunai,” apabila terhenti sahaja lafaz ijab yang meniti di bibir suaminya, Dina gagal menahan air mata. Emosinya benar-benar terganggu pada hari ini. Sepatutnya seorang wanita harus berbahagia apabila dinikahi, namun dia sebaliknya. Biarlah mama dan sanak saudara menganggap dirinya menitiskan air mata kegembiraan. Tetapi hanya dia yang tahu. Menangislah, menangislah hati. Aku dah tiada upaya lagi untuk menahannya. Dia rindukan kisah cinta yang telah diusir realiti getir ini. Namun dia pasrah dengan segala ketentuanNya. Izz hanya terdaya memerhatikan dari luar. Tak sanggup rasanya untuk menatap wajah gadis yang paling dikasihinya itu. Dina kini telah jadi hak orang lain. Dia terpaksa berusaha sendirian untuk mengubati luka yang amat dalam. Sekali lagi lensa kameranya tertancap pada wajah polos yang dirias indah. Jauh di sudut hatinya, Izz tahu kekasih hatinya itu hanya berpura ceria. Sedangkan gadis itu tidak pandai berlakon. Dia amat memahami Dina. Pergilah Dina, Izz lepaskan. Semoga Dina sentiasa berbahagia bersamanya. Bersama ucapan itu, Izz melarikan dari daripada keriuhan majlis. Hatinya bagai telah mati. Dia menahan air hangat yang mula mengacah tubir mata. Mata yang merah biarlah dikata masuk habuk. Untuk apa ditangisi sebuah perpisahan, andai dia tahu cinta gadis itu kental buatnya seorang. Tetapi tempoh yang lama berupaya merubah hati seorang manusia, Izz yakin tentang itu. Bagai putera puteri mereka berdua diraikan oleh kaum keluarga pada majlis persandingan ala taman. Dina mengenakan blaus ungu krim labuh fabrik lace dipadankan dengan tudung dan selendang warna senada renda Perancis. Manakala Farouk memakai tuksedo berwarna krim yang cukup menyerlahkan kesegakannya. Keayuan yang terserlah pada wajah Dina langsung tidak menimbulkan kekaguman di hatinya. Tetapi dia bangga dapat memiliki gadis yang sering menjadi perhatian sejak di bangku sekolah lagi. Bukan kerana cantik, tetapi kerana kebijaksanaan. Saat gadis itu kelihatan serba salah memaut tangannya, semakin bertambah sikap riaknya. Dia seronok dapat mengawal segala tingkah laku Dina kelak. Kerana apa sahaja yang gadis itu lakukan, perlu berada dalam pengetahuannya nanti. Anak mata puan Faridah menyorot langkah anak tunggal kesayangannya. Kini masanya telah tiba. Sebagai ibu, dia telah membesarkan dan memberi segala yang termampu sepanjang menjaga Dina. Dia perlu akur bahawa anak kesayangan beliau dan suami telah bergelar seorang isteri. Sudah menjadi kewajipan untuk seorang isteri mengikut suami ke mana sahaja dia pergi. Jadi isteri kebanggaan suami, itulah kalimat yang sering dipesan buat anak gadis tersayang. Berat hatinya untuk melepaskan Wardina Aisyah, mungkin inilah yang dinamakan kasih sayang seorang ibu. Tidak betah berjauhan dengan anak. Tambahan lagi hanya dia seorang saja permata hati. Dialah penawar, dialah teman kelahi. “Mama, jaga diri elok-elok. Nanti senang-senang mama boleh datang rumah kami. Dan Dina mesti akan balik kalau rindu kat mama,” lantas dia tunduk menyalami si ibu. Begitu juga papa. Lama mereka anak beranak berpelukan buat seketika. Farouk tunduk menyalami ibu dan bapa mentuanya. Sambil memasang cd pada pemacu cakera, Farouk hanya memandang sinis Wardina yang masih menyeka air mata. “Dahlah sedih-sedih tu. Bukan I nak bawak you pergi mati,” kata-kata itu menusuk jantungnya. Belum apa-apa, Farouk dah berani tunjuk belang. Tetapi di luar pengetahuan ibu bapanya. Ya Allah, lindungilah setiap langkah kami, pohonnya dalam hati. Dia akui, sejak hari pertama dinikahi, Farouk memang sukar untuk difahami. Hanya lagak angkuh dan sombong jejaka itu cukup untuk Dina merasa jengkel. Jika tidak kerana lelaki yang sedang memandu ini adalah suaminya, mahu saja dia menjauhkan diri. Namun apakan daya, telah tertulis di suratan takdir bahawa jodoh mereka sebagai suami isteri. Tiada daya untuknya mengelak meski telah bertahun menyulam cinta dengan lelaki bernama Izz Zulkhairi. Semoga perangai Farouk akan berubah menjadi lebih baik selepas ini. “Saya tak kata pun awak nak bawak saya pergi mati. Saya cuma sedih sebab saya kena ikut awak. Tu je,” balasnya sambil mencebik. Tergambar terus reaksi yang melingkari hati kala ini. Farouk meraih jemari Dina yang dari tadi mencubit-cubit lengannya sendiri. Tak diam langsung. Mungkin gelisah agaknya. Dia naik lucu melihat telatah gadis itu. Pandang wajahnya macam nampak hantu. “Pandai mulut you ni menjawab. I kagum lah dengan you. Maybe I lupa, you ni bijak orangnya,” sinis sekali jawapan yang meniti di bibir Farouk. Dina hanya membatukan diri. Malas nak cari pasal dengan suaminya. Senyum bukannya ikhlas! Nak menyakitkan hati orang saja. Sesampai sahaja mereka di kediaman mewah yang merupakan hadiah perkahwinan daripada ibu bapa Farouk, jejaka itu terus mematikan enjin kereta. Dia berpeluk tubuh menanti isterinya keluar dari perut kereta. Sesekali bibirnya mengukir senyum sinis. Dina yang masih tiada mood bermalas-malasan menuju ke arah suaminya. Farouk sedang bercekak pinggang. Macam mando sahaja lagaknya! “Angkat sendiri beg-beg you ni bawak masuk. I letih, tak boleh tolong. Nak rehat,” belum pun sempat dia bersuara, Farouk terlebih dahulu mengeluarkan perintah. Dina menyambut arahan yang diterima daripada suaminya dengan gelengan. Kenapalah berlagak sangat? Tak ada sifat mengalah langsung. Tak habis-habis nak pentingkan diri sendiri. Rambut panjangnya yang melepasi pinggang itu disikat lembut. Bau harum syampu membangkitkan kesegaran buat sesiapa sahaja yang duduk di sisi Dina. Bergetar naluri Farouk namun dia hanya menahan sahaja. Masih tekun membaca majalah CLEO yang menjadi bahan bacaan paling digemarinya sejak dulu. “Dina rasa kan bang, kita tak payah susah-susah nak ambil pembantu rumah,” Ayat keramat yang keluar daripada mulut Dina begitu menarik perhatian Farouk. Lantas majalah tersebut diletakkan di tepi katil. Apa seriuskah isterinya ini? Sedangkan perempuan lain pasti takkan menolak jika ditawarkan dengan perkhidmatan pembantu rumah. “Siapa nak kemas rumah ni? You? Pandai ke buat kerja?” seakan menyindir suara Farouk. Namun wajahnya serius. Sekilas matanya memandang Dina yang kelihatan yakin dengan cadangannya. “Dina boleh uruskan rumah kita bang. Nak kata pakar sangat tak adalah. Tapi membazir je kalau kita upah pembantu rumah,” lembut suara Wardina. Farouk mengukir senyum. Bagus! Boleh jimatkan duit aku. “Kalau macam tu kata you, I ikut saja. Asal you senang I pun takde halangan,” padahal dalam hatinya tahulah dia nak ajar perempuan begini. Tak nak pembantu rumah konon! Aku akan buat sampai kau merayu nak pembantu rumah. Izz kini telah menyepi dari hidupnya. Tiada langsung khabar berita yang diterima daripada jejaka berperwatakan gila-gila itu. Tentu Izz telah berbahagia dengan kehidupannya sekarang. Mungkin juga telah menemui seorang wanita yang sedia berkongsi hidup dengannya. Bukan seperti dia, masih terumbang-ambing melayari bahtera perkahwinan. Semoga kemanisan berumatangga menyinari hidupnya dan Farouk selepas ini. Hampir setahun mendirikan rumah tangga, Dina hanya mampu memohon kepada Allah agar suaminya dibukakan pintu hati untuk berubah. Dia sudah mati akal untuk berbicara dengan orang keras hati seperti Farouk. Kedudukannya dalam rumah ini tak lain dan tidak bukan sekadar menjadi orang suruhan. Tarafnya sebagai isteri langsung diketepikan. Apakah salahnya pada Farouk? Derhakakah dia setelah menyerahkan seluruh kehidupan buat seorang insan bergelar suami? Disuruh berhenti kerja, dia akur. Tidak dibenarkan pulang ke rumah mama dia turutkan. Tidak cukup dengan itu, Farouk membangkitkan pula soal anak. Hanya kerana mereka masih belum dikurniakan cahaya mata, suaminya menuduh dirinya mandul. “Akuarium ikan I dah cuci ke? Nanti mati pulak ikan I macam dulu tu. Mahal tahu nak beli?” Tersentak Dina mendengar tengkingan suaminya. Habis bersepai segala lamunannya. “Dah bang. Saya dah bagi ikan makan,” tanpa menunggu bicara si isteri yang selanjutnya, Farouk mengheret Dina menuju ke arah akuarium yang menempatkan ikan flower horn kesayangannya. Alangkah terkejutnya Dina bila melihat mata ikan itu terbuntang. Tubuh haiwan itu kaku! Jantung Dina bagaikan terhenti berdegup. “Apa you dah buat ni Dina? Mati ikan I! Bagi makan ke bagi racun?” Jerkah Farouk. Ditolaknya akuarium itu hingga berkecai bekas kaca tersebut. Dina terpempan. Air matanya merembas dek kerana ketakutan yang amat sangat. Semakin bertambah sakit hatinya melihat si isteri terhinggut-hinggut menangis. “Ni je ke yang you tahu buat? Menangis, menangis, menangis? Cubalah bagi jawapan yang sedap sikit untuk I dengar. Bingit telinga ni bila you menangis!” sela jejaka itu lantas menolak tubuh Dina ke dinding. Kudrat seorang wanita gagal menahan tingkah lelaki yang sedang naik angin. Dia hanya beristighfar. Bermohon agar tidak terjadi perkara yang bukan-bukan. Mujurlah tidak terbaring di atas kaca yang bertaburan di atas lantai. Tubuhnya terhentak padu. Tak cukup dengan itu, Farouk melempang pula pipi kanan Dina. Langsung tiada belas melihat isterinya yang sedang mengaduh kesakitan. Farouk mengambil kunci kereta lantas menghilangkan diri begitu sahaja. Dina mengetap bibir. Kesakitan kali ini bukan seperti biasa. Perutnya terasa merengat-rengat. Kakinya terlalu lemah untuk diangkat. Demi terpandangkan darah yang mengalir sehingga ke buku lalinya dan telah membasahi lantai, Dina mula teresak-esak. Adakah dirinya sedang mengandung? Mengapa dia tidak menyedarinya? Dan kini dia telah menyebabkan satu nyawa baru tidak berpeluang mengenal dunia. Penuh kepayahan dia menuju ke meja telefon dan mencapai gagang. Hanya satu nombor sahaja yang terlintas di ingatannya. Dan dia terus mendail nombor tersebut kerana khuatir dirinya tidak mempunyai banyak masa lagi. Izz yang sedang meneliti satu persatu gambar di mejanya berkira-kira untuk menjawab nombor asing yang terpapar di skrin telefon bimbitnya. Namun kata hatinya begitu mendesak. “Assalamualaikum, siapa ni?” Lembut dia bertanya. “Izz, Dina ni. Tolong Dina,” dia terkedu mendengar suara bekas kekasih yang terketar-ketar di hujung talian. Kenapa dengan Dina? Apa dah berlaku kepadanya? “Dina! Kenapa ni?” soalnya tanpa dapat bertenang. “Tolong telefon mama dengan papa. Suruh datang rumah, Dina sakit,” setelah menghabiskan permintaannya gagang terlepas dari pegangan. Matanya terpejam. Dia gagal menyedari apa-apa lagi. “Dina! Dina!” Panggilan Izz tidak bersahut. Kebimbangannya telah sampai ke tahap yang paling maksimum. Kerja-kerja yang masih terbengkalai ditinggalkan begitu sahaja. Wardina Aisyah lebih penting berbanding soal hidupnya sendiri! Suasana muram di wad tersebut diiringi dengan air mata Puan Faridah. Encik Mukhsin dan Izz hanya mampu berpandangan. Pilu melihat keadaan Dina yang tak henti-henti mengalirkan air mata. Tiada sepatah kata pun terucap di bibir anak kesayangan mereka itu. Apabila mereka tiba di hospital bersama Izz, yang merupakan sahabat baik Dina tadi, gadis itu semakin teresak-esak. Sebenarnya Dina terlalu sebak mengenangkan kerinduan terhadap Izz. Lebih mendukacitakan, doktor memberitahu bahawa kandungan Dina tidak dapat diselamatkan. Izz meminta diri untuk mengambil angin di luar seketika. Sedang elok dia memulas pintu wad itu, Farouk memunculkan diri dengan wajah sombongnya. Izz ketap bibir. Terasa darah menyerbu naik ke muka. Lelaki ini menghancurkan hidup Dina tanpa perikemanusiaan. “Kau! Jangan ingat kau bagus sangat! Kau dah hancurkan hidup Dina, Farouk! Kau pernah fikir tak bahawa tindakan kau dah buat dia menderita? Anak dia dah mati, Farouk!” berserta dengan kata-kata itu, sebiji penumbuk hinggap di muka Farouk. Pecah bibirnya. Dia ingin melawan, namun Izz lebih tangkas menggunakan kaki untuk menendang perutnya. Mujurlah tiada sesiapa lalu lalang di situ. “Masuklah kalau kau rasa dia nak jumpa kau. Aku takde kuasa nak halang,” sempat Izz berpesan. Wajahnya tampak bersahaja. Sebenarnya masih belum cukup kemarahan yang ditunjukkan kepada Farouk. Tetapi apalah haknya untuk menghukum, sedangkan lelaki durjana itu bersalah terhadap Dina. Isteri yang tak pernah dihormati selayaknya. “Tak guna! Aku benci kau! Aku tak nak tengok muka kau lagi! Keluar dari sini! Aku nak kau ceraikan aku! Berambus syaitan!” Bentak Dina. Dia masih lemah untuk bangun. Hanya tangannya terdaya menumbuk-numbuk dada Farouk. Hatinya luluh. Dia sedih kerana zuriat yang dinantikan, hilang dalam sekelip mata. Kini tiada gunanya untuk mereka hidup bersama andai dirinya hanya untuk dipersenda dan dipersiakan saban waktu. Farouk memandang wajah kedua-dua ibu dan bapa mentuanya. Hanya renungan tajam yang memaku pandangan matanya. Dia kelu. Untuk berbicara dia gugup apatah lagi untuk memohon kemaafan. Dan tentunya berita si isteri sedang hamil berada di luar pengetahuannya. Jika tidak, tak mungkin dia akan bertindak sejauh itu. Namun tahukah dia bahawa isteri bukanlah tempat untuk melepaskan amarah yang tidak menentu? Tahukah dia bahawa isteri perlu dihormati sewajarnya? Islam meletakkan taraf seorang wanita di tempat yang mulia dan terhormat. Bukan untuk dihina. Izz memandang Dina yang masih mendiamkan diri di hadapannya. Puan Faridah dan Encik Mukhsin turut menanti jawapan yang akan keluar daripada mulut anak tunggal mereka. “Dina tetap dengan keputusan Dina mama, papa. Dina dah fikir masak-masak. Izz, terima kasih tolong Dina ya. Kalau takde Izz, tak tahulah macam mana,” sayu kedengaran suara itu di pendengarannya. Hatinya sungguh tersentuh. Inilah kali pertama mereka bersua dan berbual-bual setelah gadis itu bergelar isteri. Dan kasih serta cintanya tak pernah sekalipun terhakis. Segalanya tersimpan kukuh buat Wardina Aisyah. “Tak mengapa Dina. Izz bangga dapat tolong Dina masa Dina memerlukan. Kalau Dina perlukan apa-apa, jangan abaikan Izz. Ingatlah Izz sentiasa menyokong Dina,” setitis demi setitis air mata menitis di pipi gadis itu. Izz teringin menyekanya, namun dia masih ingat. Gadis ini masih hak Farouk yang sah. Dan dirinya akan terus menyayangi Dina seadanya. Muramnya wajah cinta hatinya ini. Sejak mereka berkenalan, bercinta Dina yang dikenalinya bukanlah gadis yang senang mengalirkan air mata. Tetapi sejak kebelakangan ini, Izz maklum benar dengan kesedihan Dina. Murah benar air mata mengalir lesu di pipi si dia. Izz sangat mengerti, jika Dina gembira bukan begini keadaannya. Tidak keterlaluan jika dia katakan, inilah kali pertama dia melihat air mata Dina jatuh. Tugasnya sebagai jurufoto sering menjadikan senyuman dan keceriaan gadis ini sebagai subjek utama. Dia dapat menebak ada mendung yang terlukis di wajah Wardina Aisyah. Dia kenal air muka Dina. Dengan sinar matanya, cukup untuk Dina berbicara tentang kegembiraan yang dirasakan. “Dina dah dapat surat mahkamah, nanti Dina akan selesaikan segalanya secara baik,” usul gadis itu lagi. Terbang segala khayalan Izz. Dia mengangguk lemah. “Apa yang Dina rasakan sekarang?” Izz sekadar ingin bertanya. Setelah melalui fasa baru dalam hidupnya setelah diceraikan, dia dapat melihat kembali semangat yang kian membara dalam diri Dina. Lebih positif dan tabah. “Lega yang amat sangat, Izz. Dina dah jumpa diri Dina semula. Dan Dina nak lalui semula saat-saat yang dah Dina lepaskan. Dina tak nak lakukan pengorbanan lagi,” Izz tersenyum bahagia mendengar ucapan optimistik Dina. Dia tumpang gembira melihat perubahan positif ini. Dan tentu sekali Dina lega kerana tidak perlu mendengar sebarang cerita mengenai lelaki kejam itu. Masih jelas tergambar di ruang matanya, Farouk menitiskan air mata saat melafazkan cerai beberapa bulan yang lalu. Untuk apa menangis andai lelaki itu yang terlebih dulu melukakan? Semuanya dah terlambat, tiada guna untuk bekas suaminya itu menyesal. Dina tidak perlukan Farouk untuk meneruskan hidup. Lelaki itu hanya tahu memahatkan kenangan pahit dan menggores luka paling dalam di hatinya. “Eh! Dina! Ke tepi, ada kereta!” Mereka berdua tidak sempat berbuat apa-apa kerana jarak kenderaan pacuan empat roda itu semakin hampir. Dina tergamam. Namun dalam kekalutan itu, sempat Izz menolak tubuhnya ke bahu jalan. Dina mengaduh kesakitan apabila badannya tersembam ke atas pasir. Berdarah sedikit tapak tangannya. Namun kedengaran bunyi dentuman yang kuat membuatkan dia tersentak. “Izz!” Laungnya sekaligus menarik perhatian anak-anak muda yang ada di taman berdekatan. Mereka bergegas menghulurkan bantuan. “Izz! Ya Allah! Bangun Izz!” Berderai air matanya apabila melihat Izz yang kaku terbaring di atas jalan. Dipangkunya kepala jejaka itu. Dia diburu rasa bersalah. Cemas melihat keadaan Izz, tergigil tangannya. Izz takkan jadi begini jika tidak kerana ingin menyelamatkannya. ………………… Izz memandu keretanya dengan sepenuh ketenangan. Sudah lama dia mengidamkan detik-detik sebegini. Siapa sangka, setelah mengalami kemalangan beberapa tahun lalu dia disahkan lumpuh daripada pinggang ke bawah namun hasil dorongan Dina dia berjaya pulih sepenuhnya. Paling memberi erti, dia mampu untuk berjalan kembali. Benar, Dina adalah sumber inspirasinya. Dulu kini, malah hingga ke akhir hayat. Dipandang sekilas Dina yang berada di sebelah. Wanita itu hanya tersenyum manja bila menyedari dirinya diperhatikan. “Teringat kisah dulu-dulu. Sekolah ni banyak simpan kenangan kita. Paling tak boleh lupa masa orang tu tersalah bagi baton. Dah kalah satu pasukan,” usik Dina. Ketawa mereka bergema. Masing-masing tenjengah dari cermin kereta untuk melihat bangunan sekolah yang tersergam indah itu. Terlalu banyak perubahan seni binanya sekarang, bersesuaian dengan peredaran semasa yang kian maju. Namun bangunan yang memiliki nilai sentimental buat mereka ini tetap teguh berdiri di tapak yang sama. “Alah, awak tu pun apa kurangnya. Pandai jugak buat lawak, masa perhimpunan. Ada ke boleh silap naikkan bendera, dah kena gelak,” Dina terik muka masam. Dia paling tak boleh lupa waktu itu. Sebagai pengawas yang ditugaskan untuk menaikkan bendera pada waktu perhimpunan, dia akan menjalankan tanggungjawab itu bersama pengawas sengal, siapa lagi jika bukan Izz. Tetapi pada hari itu entah apa pula halnya, dia tersalah menaikkan bendera persatuan pengawas sewaktu lagu sekolah sedang berkumandang. Izz ketawa sampai bergegar badan. Bukannya nak tolong, tapi tergelak-gelak di sebelahnya. Dina masih memikirkan sesuatu perkara. Entah kenapa, dia merasakan bagai mereka sedang tertinggalkan sesuatu yang amat penting. Tetapi apakah gerangan sesuatu tersebut? “Abang! Kita terlupa Zati dengan Wafiy,” ujar Dina dalam tawa. Serta merta Izz menekan brek. Si kembar kesayangan mereka itu? Bagaimana pula boleh terlupa. Kesian sungguh. Padahal tengah meronda berhampiran persekitaran sekolah. “Aduhai! Macam mana mama dengan papa boleh lupa ni?” rungut Izz sambil tergelak. Pastilah memuncung wajah Izzati Zalia dan Wafiy Aiman yang berusia tujuh tahun itu sebentar lagi. Dan sebagai langkah memujuk, haruslah papa membelikan coklat Cadbury kegemaran mereka sekeluarga. Tanda obsesi terhadap coklat tersebut dibuktikan dengan kemenangan mereka dalam pertandingan foto bersama Cadbury yang dianjurkan tidak lama dulu. Kedua-duanya masih tergelak. Lucu mengenangkan bahawa mereka hampir meninggalkan anak-anak di sekolah. Mujurlah teringat, kalau tidak pulang ke rumah berdua sahaja nampaknya. Maklumlah, bila telah mempunyai cahaya mata hanya sesekali mereka berpeluang menghabiskan masa untuk keluar bersama. Orang beranak ini memang lain tanggungjawabnya. Dina memandang Izz. Manisnya senyuman suaminya itu tetap sama seperti jejaka selamba yang dikenalinya seawal usia remaja. Sudah hampir lapan tahun mendirikan rumah tangga, kehidupan mereka sentiasa ceria dengan usikan Izz. Suaminya ini belum pernah meninggikan suara apatah lagi menjentik dia dan anak-anak. Izz pandai menangani setiap permasalahan mereka dengan bijak selain cukup sabar melayani kerenah Zati dan Wafiy. Kerukunan rumah tangga mereka begitu harmoni ditambah pula dengan kelahiran cahaya mata ketiga yang bakal menyusul dalam beberapa bulan sahaja lagi. Mereka sepakat untuk memberikan sepenuh perhatian buat si kembar itu meskipun bakal dikurniakan dengan anak kecil. Siang dan malam mereka berdoa agar segalanya berjalan dengan sempurna. Izz meraih lalu mengelus lembut jemari isterinya. Sempat dia berbisik lembut ke telinga Dina. Sungguh romantis suaranya. “Dina menjadi pelengkap buat diri abang selama ni. Kalau boleh, abang tak nak kehilangan Dina dan anak-anak kita. Abang sayangkan kamu semua. Harta abang yang paling berharga untuk seumur hidup,” hanya bicara itu yang dapat menggambarkan betapa dia menghargai kehadiran Wardina Aisyah dan anak-anak mereka dalam hidupnya.

selamat tingal sayang

“Mangkuk hayun betul mamat tu. Dahlah langgar orang buat tak tahu je. Bukannya tahu nak mintak maaf. Ini boleh mendatangkan marah ni.” Arissa mengomel panjang. Orang yang lalu lalang di hadapannya langsung tidak dipedulikan. Tangannya ligat menekan butang telefon bimbit. “Ni lagi sorang. janji nak jumpa pukul 12.00. Ni dah pukul 1 tengahari tapi tak nampak batang hidung pun. Ni bukan takat mendatangkan marah tapi boleh mendatangkan amuk. Kang tak pasal-pasal ramai yang cedera parah kat shopping complex ni.” + Kau nk jmpa ak x? Lg 5 minit kau x muncul jgk, ak blah. Lepas ni jgn harap ak nak jumpa kau lg. Aku marah nie Marah benar Arissa kali ini. Butang send di tekan ganas.Buat sekian kalinya dia melihat jam di pergelengan tangannya. Dia merenggus kasar. Kali ini dia nekad. Kali ini dia benar-benar merajuk. Matanya melilau memandang sekeliling namun orang yang di carinya langsung tidak kelihatan. Kakinya di hayun laju. Hatinya makin sakit. Sudahlah orang yang ditunggunya tidak muncul-muncul malah dia dilanggar tanpa pelanggarnya mengucap maaf. Perasaan geram bersarang dalam hatinya. Kali ini biar dia yang mengishtiharkan perang. “Bencinya!!!” Semua yang berjalan di situ berhenti apabila mendengar jeritan Arissa. Arissa tertunduk malu. ‘ingatkan jerit dalam hati tadi. Rupa-rupanya aku terjerit kat luar hati le pulak. malunya’. Getus hati kecilnya. Ada segaris senyuman terukir di wajahnya. Dia menepuk dahinya sendiri. “Kesian, muda-muda dah gila.” Berdesing telingan Arissa mendengarnya. Ucapan itu seperti ditujukan khas untuk dirinya. Dia memandang sekeliling mencari siapa empunya suara itu. “Cis, malaun tadi rupanya. Dahlah langgar tak mintak maaf, ada hati nak sakitkan hati aku lagi.” Arissa memandang tepat kearah lelaki itu. Seulas semyuman terukir di wajah comel milik lelaki itu. Arissa terkedu. Senyumannya mirip seseorang. Seseorang yang selama ini dirinduinya. Seseorang yang selama ini yang ditunggu-tunggu muncul kembali dalam hidupnya. “Pelanduk dua serupa.” Ujarnya perlahan. Arissa terus berlalu meninggalkan lelaki itu. Kini rindu lama bertamu kembali di hatinya. Lupa yang sebenarnya dia sedang marah. Api kemarahannya padam sedikit demi sedikit dek kerana senyuman lelaki itu. Arissa memejam matanya. Cuba mengusir cerita lama yang bila-bila masa sahaja mengetuk pintu memorinya. Telefon bimbitnya berbunyia melagukan melodi lagu Kenangan Terindah nyanyian Kumpulan Samsons langsung tidak diendahkan. Dia hanya membiarkannya tanpa langsung menoleh walau sekilas. Dia tahu siapa pemanggilnya. Malas untuknya melayan panggilan itu. Telefon bimbitnya berbunyi sekali lagi setelah berhenti seminit lalu. Pantas tangannya menekan butang cancel. “Padan muka kau. Buat aku naik angin lagi.” Ngomel Arissa geram. Kali ini bunyi khidmat pesanan ringkas pula. Dia menekan butang read. + Ak thu kau mrhkan ak. Please Ariss angkat call ak. Ak ada benda nak bagitau kau. Urgent. We need to talk. - We need to talk konon. Banyak le kau punya talk. Sejam ak tggu kau. Bkn tkt btg idung, byg kau pn ak x nmpk. Mls ak nk layn talk kau.Arissa membalas sms tadi. Tanpa menunggu balasan dari pemanggil tadi dia terus mematikan telefon bimbitnya. Hatinya puas dapat berbuat demikian. “Balik lagi baik. Rugi masa tido aku je.” Ujarnya sambil tangannya melambai lembut menahan sebuah teksi. ****************************************************** “Ariss kau tak kesian ke tengok Amar kat bawah tu. Kat luar tu dahlah sejuk. Kang demam pulak buah hati kau tu.” Bebel Dhia. Kadang kala geram juga hatinya melihat perangai Arissa. Pantang Amar buat salah ada sahaja hukuman yang dikenakan. Fikirannya merewang mengingatkan peristiwa dua bulan lalu. Kesian Amar. Seminggu Arissa tutup telefonnya. Seminggu Amar mencarinya. Semalaman dia menunggu Arissa di depan biliknya. Namun Arissa langsung tidak memunculkan diri. Dia tidak tahu yang sebenarnya Arissa tiada dibilikya. Puas diberitahu namun dia langsung tidak percaya. Katanya selagi Arissa tidak keluar dan memaafkannya selagi itu dia akan menunggunya. Pada waktu itu apa yang difikirnya hanyalah kebodohan seorang lelaki yang bernama Amar Ikhwan dan keegoan seorang perempuan bernama Arissa Ibtisam. “Biarkan dia. Selalu buat aku marah. Perangai dia langsung tak pernah berubah. Selalu saja suka sakitkan hati aku. Dia ingat aku ni apa?” Balas Arissa sambil matanya langsung tidak melihat keadaan Amar di luar sana . Malah langsir yang menutup separuh tingkap biliknya direntap kasar. “Kau pun sama. Perangai baran tak bertempat kau tu langsung tak pernah merubah. Langsung tak pernah bagi Amar tu peluang terangkan keadaan sebenar. Yang kau tahu sakit hati kau saja.” Panjang Dhia berleter. “Kau senang le cakap sebab bukan kena pada batang hidung kau. Yelah dapat pakwe yang memahami. Kan bagus kalau Amar tu macam Adam. Apa kata kita tukar pakwe? Nak tak?” Arissa bangun menghampiri Dhia yang leka dengan novel yang baru dibelinya tadi. “Ha lawak sangatlah tu. Tak payah nak buat kerja gila. Kau tak nampak ke kat atas dahi Adam tu dah ada cop nama aku. Kau jangan memandai nak buat onar.” Merah padam mukanya. Arissa ketawa terbahak-bahak. “ Takut jugak kau. Hey kawan, aku takkan ambik kau punya Adamlah. Si Amar tu aku nak campak ceruk mana.” Lega Dhia mendengar ucapan Arissa. Takut juga dia. Siapa tidak kenal Arissa. Kadang kala apa yang dicakapkannya akan dikotakan. ‘Simpang malaikat 44’ getus hati kecil Dhia. “Eh, dah hilang si Amar tu. Tadi ada lagi.” Ujar Arissa memecah kesunyian. Dhia bergegas menuju ke tingkap. Memang benar kata Arissa. Amar tiada di situ lagi. “Dah balik le tu. Penat berlutut kat situ. Ariss, sudahlah tu. Berbaik le dengan dia. Kau beruntung sebab dapat dia. Aku tak pernah tengok dia membantah apa yang kau cakap walaupun tak betul.” Arissa memandang tepat ke muka Dhia. Benar kata sahabatnya tadi, memang dia beruntung memiliki sekeping hati milik Amar Ihkwan Hanya dia sahaja yang langsung tidak pandai untuk menghargainya. Bukan ego yang dipertahankan malah jauh sekali pendirian yang ditegakkan tapi ada sejarah yang sering kali menyeksa perasaannya. Ada kenangan yang langsung tidak pernah mampu untuk dia lupakan. Ada tangisan yang tidak bisa dia tenangkan. Sudah berkali-kali dia menerangkan kepada Amar supaya jangan menunggu dia kerana dia tidak tahu bila masa dan ketikanya dia bisa menyintai lelaki itu. Namun bagi Amar, seandainya di hatinya sudah tertulis nama Arissa selagi itu dia akan tetap menanti biarpun seribu tahun sekalipun kerana baginya Arissa sememangnya tercipta untuknya.Lamunannya tersentak tatkala telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada satu mesej yang masuk. Dia memandang sepi telefonnya. Lama baru tangannya bergerak menekan butang untuk membaca pesanan itu. +Esok jmpe ak kat tmpt biase. Ad bnda yg nak ak trngkn. Kau wjib dtg. Ini stu arhan bkn pemintaan.‘Ini satu arahan bukan permintaan. ’ Getus hati kecilnya. Hatinya berdebar-debar setelah membaca isi kandungan pesanan yang diterimanya daripada Amar. Tidak pernah Amar berkelakuan sebegini. Apa yang ingin diterangkan padanya?. ************************************************************ “Dah lama kau sampai?” Bicara Amar mengejutkan Arissa yang leka memandang tasik. Dia menoleh sekilas memandang wajah lelaki yang kian dicintainya tanpa pengetahuan Amar. Rasa ini perlu disimpan sehingga tiba masanya nanti. Dia tersenyum. Amar langsung tidak membalasnya. Dia terkedu dengan tindakan Amar. “Apa hal yang penting sangatnya?” soal Arissa malas. Geram dengan tindakan Amar yang tidak membalas senyumannya tadi. “Aku nak kau berterus terang. Siapa aku dihati kau?” Amar bersuara tegas. Sambil melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Arissa. Arissa tunduk. Dia menarik nafas dalam. Sesungguhnya soalan itulah yang ingin dielakkan. Dia takut untuk berterus terang. “Kenapa diam?. Kau takde jawapannyakan? Takpe aku boleh tolong kau jawab soalan tu.” Ujar Amar sambil mengeluarkan sebuah diari yang berwarna ungu dari beg galasnya. Saat itu, Arissa merasakan nafasnya terhenti seketika. Matanya dibulatkan dan mulutnya terlopong memandang Amar. “Kat mana kau jumpa buku ni. Aku rasa aku dah buang. Kau kutip kat mana ni?” soal Arissa cemas. “kau tak perlu tahu. Aku tak sangka. Hanya kerana itu kau menolak aku. Hanya kerana sejarah lama kau membiarkan aku hidup dalam angan-angan.” “Aku tak pernah biarkan kau hidup dalam angan-angan kau. Malah telah berapa kali aku bagaitau kau yang aku tak tahu bila masanya aku boleh cintakan kau.”“ Tapi kau berjanji yang saat itu pasti akan tiba. Tapi sekarang, kau mempergunakan aku hanya kerana dendam kau pada Azris.” Amar melepaskan keluhannya. Arissa mengesat manik-manik halus yang sudah pun jatuh berjuraian di pipi putihnya. “Aku…aku…Kau takkan faham perasaan aku. Kau tak pernah alaminya. Saat kehilangan seseorang insan yang paling kau sayang. Aku…” Tanpa sempat Arissa menghabiskan ayatnya, Amar terus menjerit. “Argh…Aku dah cukup terseksa dengan perbuatan kau. Seolah-olah aku langsung tak bermakna dalam hidup kau. Takpelah kalau itu yang selama ini kau nak, aku cuba untuk terima kenyataan ini.Azris,” Panggil Amar. Muncul seorang lelaki di sebalik pohon besar bersebelahan dengan tempat mereka duduk. Arissa hanya mampu memandang tanpa berkata-kata. Dia menoleh kearah Amar seolah-olah meminta kepastian. Lelaki itu semakin hampir dengan tempat mereka. Arissa sudah tidak keruan. Sisa air matanya diseka dengan hujung jarinya. “Arissa Ibtisam?” Soalnya sambil tersenyum. “Bukankah orang ini yang kau tunggu selama ini. Bukankah orang ini yang kau cinta sampai mati?” Soal Amar bertubi-tubi. Arissa hanya mampu berdiam diri. Mengumpul kekuatan yang mungkin hanya tinggal sejengkal. “Abang tak sangka yang Rissa sanggup tunggu abang. Abang minta maaf sebab buat Rissa tertunggu-tunggu kedatangan abang. Sumpah abang ada cari Rissa tapi semua orang tak tahu kemana Rissa pergi. Abang…” “Sudah. Rissa dah taknak dengan penjelasan abang lagi. Mana janji abang untuk bersama dengan Rissa sehingga akhir hayat kita?” “Abang cari Rissa merata-rata. Abang pergi rumah anak yatim tempat kita dulu. Tapi tak siapa yang tahu. Mereka cakap ada orang ambik Rissa jadi anak angkat. Abang cari Rissa guna alamat yang mereka bagi tapi Rissa dah pindah.” “Abang bohong. Abang hancurkan harapan Rissa. Abang musnahkan impian Rissa. Abang memang kejam. Dan kau Amar, kenapa kau bawak dia datang sini?” Ucap Arissa sambil menunding jari kearah Azris. Amar terkedu melihat pandangan mata Arissa yang kian dibulatkan. Mukanya sudah kemerah-merahan menahan marah. Badannya sudah menggigil. Nafas Arissa turun naik. “Bukankah Azris Iskandar yang kau rindu selama ini. Bukankah lelaki ini yang membuatkan kau butakan hati dan mata kau untuk melihat dan menilai kasih sayang dan cinta aku?” “Stop it Amar. Kalau kau sudah baca diari aku, kenapa kau masih bawak dia jumpa aku? Kau tak nampak betapa aku membenci dia.” Azris terguris dengan kata-kata Arissa. Sesungguhnya dia sudah berusaha untuk mencari Arissa. Dan semalam di pusat beli belah akhir dia berjumpa juga puteri sanubarinya. Dialah yang melanggar dan mengatakan Arissa gila. “Amar dah tunjukkan diari Rissa pada abang. Abang dah baca. Amar yang cari abang dan bagitau semua perkara tentang Rissa. Dan Amar jugalah yang membawa abang untuk berjumpa dengan Rissa.” Panjang lebar Azris memberi penerangan kepada Arissa yang dilihatnya semakin berubah. Semakin hilang keayuaannya. Jika dahulu Arissa seorang yang manja, riang walaupun kuat merajuk namun kini semuanya hilang. Arissa yang berdiri di hadapanya ialah seorang yang panas baran. “Arissa, aku dah kembalikan Azris pada kau. Aku dah satukan cinta kau orang. Aku tahu kau memang cintakan diakan?” “Tak. Aku dah tak cintakan dia. Sebenarnya aku cintakan kau, Amar” Amar terpenpam dengan pengakuan Arissa. Lama dia memandang wajah Arissa mencari kepastian. Akhirnya dia tersenyum. “Sayang, pengakuan kau dah terlambat. Tak mungkin aku boleh terima kau setelah apa yang kau dah buat pada aku. Kau dah lukakan hati aku. Azris, sekarang ni kau yang lebih berhak ke atas Arissa. Kau jagalah dia sebaik mungkin. Bahagiakanlah dia. Aku tak mampu untuk berbuat demikian.” Bicara Amar sambil menggalas kembali begnya. “Kau ingat aku ni apa?. Kau ingat perasaan aku ni boleh ditukar-tukar macam kau buat sekarang ni? Aku ingatkan kaulah yang boleh memahami aku. Aku ingatkan kaulah yang boleh bimbing aku. Rupa-rupanya aku silap. Kau pun sama macam Azris. Sama macam lelaki-lelaki yang kat luar tu. Bila dah tak berkenan kau orang tinggal je kami macam tu aje. Kau orang langsung tak pernah fikirkan langsung perasaan kami.” Kemarahan Arissa kian memuncak. Amar dam Azris saling berpandangan. Tahulah mereka bahawa hati Arissa kian terluka. “Abang, Rissa tak mampu untuk cintakan abang seperti mana waktu dahulu kerana cinta Rissa hanya untuk Amar. Dan kau Amar, tahniah sebab kau dah berjaya buat aku suka dan cinta pada kau. Tapi aku tak sangka begini akhirnya cinta aku. Kau orang buat perasaan aku ni macam sampah.” Dia berlalu pergi meninggalkan Amar dan Azris di situ. Air mata yang di tahannya sepanjang pertemuan tadi tidak mampu untuk diempang lagi. Dia menangis semahu-mahunya. Laungan daripada kedua-dua insan yang pernah dan masih disayanginya langsung tidak dihiraukan. Dia terus melangkah pergi meninggalkan seribu satu sejarah di situ. Selamat tinggal Amar. Selamat tinggal Azris. Selamat tinggal semua. ************************************************* Amar Ikhwan, Maafkan aku sekiranya kedatangan surat ini buat kau teringat kembali sejarah itu. Walaupun ianya sudah dua bulan berlalu aku masih tidak mampu untuk melupakannya. Aku harap kau punyai kekuatan untuk lupakan sejarah itu. Saat kau baca surat ini, aku sudah terbang jauh membelah awan biru meninggalkan semua. Walaupun berat hati ini untuk pergi, namun demi tanggungjawab aku gagahi jua. Dan mungkin ini adalah peluang untuk aku lupakan segalanya.Sehingga saat ini aku masih tidak percaya yang kau sanggup buat aku begini. Kau korbankan perasaan cinta kau demi dendam aku. Dalam masa yang sama kau juga telah korbankan cinta aku. Aku sememangnya menyintai kau, Amar. Aku hanya menunggu masa sahaja untuk memberitahu perkabaran gembira ini pada kau. Tapi…biarlah cinta aku terkubur tanpa nisan. Kisah aku dan Azris sudah lama aku cuba lupakan. Namun aku gagal untuk berbuat demikian. Tapi dengan bantuan kau, sejarah itu sedikit sebanyak mampu aku usir dari diri aku. Terima kasih atas pertolongan kau. Tujuh tahun dulu memang aku cintakan Azris. Dialah satu-satunya insan yang sering menemani aku. Kaupun tahu hidup aku sebagai anak yatim piatu. Sering dahagakan kasih sayang dan belaian dari keluarga. Kami berkongsi suka dan duka. Bila dia keluar dari rumah tu, dia berjanji akan menanti aku dan kami akan tetap bersama. Katanya dia cintakan aku. Saat tu umur ku sudah menjangkau 16 tahun. Aku sudah dapat memahami apa itu cinta kerana aku juga menyintainya. Masa berlalu begitu sahaja. Janji hanya tinggal janji. Aku sudah berputus asa untuk terus menantinya. Amar, aku tidak menyalahkan diri kau. Semua ini sudah tertulis di awal kejadian kita lagi. Sudah takdirnya begini penyudah cerita kita. Kata-katamu tetap akan aku ingat..Sampai di sini sahaja coretan aku. Aku harap aku tidak perlu untuk berjumpa dengan kau lagi. dan jika ada pertemuan lagi anggaplah aku bukan Arissa Ibtisam kerana aku tidak mahu ada cerita baru antara kita. Salam sayang, Arissa Ibtisam Arissa memasukkan kertas putih itu ke dalam sampul ungu. Surat itu diserahkan kepada Dhia untuk diberikan kepada Amar. Pelukan dua sahabat akhirnya terlerai tatkala mendengar panggilan terakhir untuk penumpang ke destinasi New Zealand . Semua yang ada di situ melepaskan Arissa pergi dengan seribu harapan agar dia berjaya dan bahagia. Arissa terus berlalu tanpa dia ketahui bahawa seraut wajahnya ditatap oleh Amar buat kali terakhir. Ada air mata yang kian mengalir deras dari tubir matanya. “Aku tetap cintakan kau Arissa”.Ujar Amar perlahan.

kisah cinta gila

“SEKEJAP!” jerit Fiqroul apabila aku melaung-laung namanya berulang kali. Yang sebenarnya sengaja aku menjerit-jerit begitu. Nak bagi dia pressure sikit. Aku tahu dia tak suka dengan aku, tapi aku peduli apa? Fiqroul kembali membawa fail-fail yang diminta oleh aku untuk difotostat. Aku membuat wajah yang tegang seperti menahan amarah yang maha dashyat, walhal aku sedikitpun tak kisah. Dia membuat reaksi selamba sahaja, seolah tak kisah dengan reaksi wajah aku. Eh, memang cari penyakit mamat sorang ni. Getusku di dalam hati. “Kenapa awak buat kerja lambat sangat? Tahu tak saya ada banyak meeting lepas ni? Yang asyik terhegeh-hegeh apasal?” marahku dengan suara yang sengaja aku tinggikan. Kalau nak tahu, mamat depan aku ni namanya Fiqroul Ashaari. Bukan Awal Ashaari ya, Fiqroul Ashaari namanya. “Maafkan saya Cik Fitri, tadi ink mesin tu habis. Saya tukar kejap.” Ujarnya dengan peluh yang merintik di dahi. Eh, comel pulak dia buat muka kasihan macam tu. Fikir aku di dalam hati. Aku lihat dia mengeluh. Mungkin dia fikir aku tak percaya dengan alasannya. Kemudian dia menunjukkan lengannya yang terkena dakwat yang tumpah. Alahai, kasihannya! “Kalau Cik Fitri tak percaya, tengok lengan saya. Habis ink ni tumpah.” Beritahu Fiqroul lagi. Aku diam dan memandangnya sinis. Sengaja aku pura-pura tak mahu percaya! “Ada saya kisah? Dah, sekarang pergi susun kertas-kertas yang awak fotostat ni. Sekejap lagi pengarah besar nak tengok. Ingat, jangan lambat. Bukan saya tak tahu awak ni, buat kerja bukan main lambat.” Komenku lagi. Aku sempat mengerling kearahnya dan aku lihat dia sedang mengetap bibir. Mungkin bengang dengan aku agaknya. Aku tergelak di dalam hati. Nasiblah kau Fiq dapat bos macam aku. Gelakku lagi. “Ha! Apa lagi termenung tu. Cepatlah siapkan!” tengkingku lagi dengan ekor mata yang tajam. Seolah-olah mahu menelan Fiqroul hidup-hidup sahaja. Fiqroul mengangguk-angguk dan mengangkat kertas-kertas yang baru sahaja difotostatnya sebentar tadi. Aku kembali memandang skrin laptopku dan menyambung kerjaku yang tertangguh. Beberapa ketika kemudian aku tergelak mengingati detik pertama Fiqroul diterima masuk ke dalam jabatan ini. **** “Nama awak siapa?” soalku dengan kasar. Aku melihat dia sudah mulai tidak duduk diam. Kemudian dia menyerahkan sebuah fail kepadaku. Sudah aku agak, fail tersebut mengandungi butiran peribadi dirinya. Aku mengangkat keningku dengan tinggi, mengalahkan Ziana Zain sahaja! “Awak tak ada mulut ke? Saya tanya awak nama. Bukan saya minta awak serahkan fail awak!” marahku lagi. Terkebil-kebil dia memandangku. Tersentak barangkali. “Maaf Puan Fitri.” Ujarnya dengan suara yang perlahan. Semakin aku naik angin dengan panggilan yang baru sahaja diberikannya. Puan? Dia ingat aku dah kahwin ke apa? Tak nampak ke muka aku ni muda dan cantik berseri lagi? “Excuse me! Saya belum kahwin. So, just call me Cik Fitri!” aku membetulkan panggilannya. Dia mengangguk dan tersenyum. Menyerlahkan lesung pipitnya. Dan aku sendiri tidak tahu bagaimana aku boleh tertambat dengan senyuman itu. Dengan tidak semena-mena aku senyum kembali kepadanya. Aneh bukan? “Maaf Cik Fitri. Nama saya Fiqroul Ashaari.” Katanya dengan tergagap-gagap. Terkejut dengan suaraku barangkali. Ahh, biarlah. Yang penting aku suka melihat senyumannya. “So, awak ada pengalaman jadi setiausaha sebelum ni?” soalku dengan serius, sedikitpun tidak memandang wajahnya. Yang sebenarnya aku sudah tak sanggup melihat senyuman dan mata redupnya. Manis sekali! “Pernah beberapa bulan aje Cik Fitri. Lepas tu saya resign.” Beritahu Fiqroul dengan bersungguh-sungguh. Mungkin ingin meyakinkan aku. Aku mengangguk sembari melihat kembali butiran dan sijil yang dibawanya. “Hurm, not bad. Boleh cerita dengan lebih lanjut. Kenapa awak resign. Bukan apa, nanti awak kerja dekat sini tak fasal-fasal awak resign. Saya tak nak macam tu. Saya nak seorang setiausaha yang setia. Faham maksud saya? Saya tak nak yang pengecut punya. Bila kena marah, terus minta berhenti. Or whatever, resign ke. Saya nak orang tu teguh pendiriannya. Faham tak?” jelasku panjang lebar. Ada sedikit perubahan di wajahnya. Eh, terasa ke dengan kenyataan aku? Klise sangat! Aku lihat dia mengangguk dan menarik nafas sedalam-dalamnya. “Bukan macam tu Cik Fitri. Mungkin Cik Fitri anggap saya macam tu tapi yang sebenarnya, saya minta berhenti sebab saya tak tahan dengan pihak atasan yang menuduh saya gelapkan kewangan syarikat. Demi Allah, saya sikit pun tak ada niat nak buat macam tu. Beberapa hari kemudian, mereka dapat tahu siapa pelaku sebenarnya and that time baru diorang minta maaf dengan saya. Saya rasa dah tak guna saya kerja situ lagi, kalau satu syarikat dah buruk sangka yang perangai saya macam tu. Saya ada maruah,” katanya dengan bersungguh-sungguh. Menarik! Maksudnya dia berhenti kerja bukan kerana tidak tahan dimarah. Berhenti kerana mahu mempertahankan maruahnya. Sememangnya aku suka dengan orang yang sebegini! “Baiklah, maknanya awak bukan orang yang pengecut. Bagus, saya respect dengan keputusan awak. Saya rasa saya terima awak disini.” Kataku pula. “Eh, senangnya Cik Fitri. Usually saya kena tunggu feedback dulu.” Komennya pula. Eh, banyak bunyi pulak mamat ni. Orang dah bagi dia kerja, dia bagi komen pulak! Marahku! “Senang sebab saya nak menyenangkan kerja saya. Boleh aje kalau awak nak saya menyusahkan kerja saya dan menyusahkan awak. Awak boleh balik dan tunggu dua minggu, lepas tu saya call awak. Nak macam tu?” soalku kepadanya. Dia tersenyum lagi. “Maaf Cik Fitri. Tak apalah kalau macam tu. Bila saya boleh mula kerja?” tanyanya lagi. Fail yang berada di tanganku diserahkan kembali kepadanya. “Awak boleh mula bekerja esok. Bawak semula fail ni. Sijil PMR awak tak ada dalam tu. Nanti masukkan sekali. Saya nak salinan dia. Okey?” pintaku. Dia mengangguk. Itulah kali pertama aku mengenali Fiqroul Ashaari, seorang lelaki yang aku rasakan low profile, mungkin. Tinggi, mempunyai mata yang tenang dan selesa dipandang. Hidung yang mancung, bibir yang merah. Serta kulit yang putih. Ya, dia pekerjaku dan menjadi orang bawahan aku, sehinggalah suatu hari… **** “Cik Fitri, Dato’ Hisham mahu jumpa dengan cik.” Beritahu Sarah, pembantu peribadi Dato’ Hisham. Aku membalas dan menutup talian. Eh, kenapa pulak Dato’ Hisham nak berjumpa dengan aku ni? Fikirku di dalam hati. Pasti dia ingin bertanyakan tentang projek terbaru yang sedang kami usahakan. Aku tahu dia mahu memenangi tender tersebut. Bukan aku tidak mengenali Dato’ Hisham. Dia tidak mengemari persaingan. “Masuk.” Laung Dato’ Hisham setelah aku mengetuk pintunya beberapa kali. Dan aku terperangah melihat kelibat Datin Emelda yang sedang duduk di sisi suaminya. Ada apa pula ni? Mereka berdua tersenyum memandang aku, dan semakin aku terkejut melihat anak lelaki mereka, Darwish Daniel yang sedang sibuk bermain dengan Playstation Portablenya, turut ada bersama. Umur Darwish Daniel lebih kurang sama denganku. Apa yang aku tahu, Darwish baru sahaja pulang dari Kanada. Dia baru sahaja menyelesaikan pelajarannya di sana. Agak terkejut aku melihat penampilan Darwish yang tak ubah seperti orang barat. Aku hanya berdiri di hadapan pintu. Menjadi kaku seketika. Datin Emelda menyuruh aku duduk dan aku menolaknya dengan mengatakan aku mempunyai kerja lain. “Duduk dulu Fitri. Kami ada benda nak bincang ni.” pelawa Dato’ Hisham pula. Akhirnya aku akur. Kalau aku menolak nanti, dia kata aku degil pulak! Tak ke naya dibuatnya kalau gaji aku dipotong? Aku segera melabuhkan punggungku di atas kerusi empuk yang berada di dalam pejabat Dato’ Hisham. Datin Emelda sudah mula tersenyum memandangku. “Begini Fitri, biarlah kami terus terang aje. Awak pun kata awak ada banyak kerja. Begini, kami berdua ingatkan nak jodohkan Fitri dengan Darwish. Memandangkan Darwish pun baru aje balik dari Kanada.” Laju sahaja mulut Datin Emelda berkata. Aku menelan liur, kesat. Gulp! Biar betul Datin Emelda ni? Demam ke apa? Tiba-tiba aje nak suruh kahwin dengan anak dia. Aku kenal pun tidak dengan anak dia, tiba-tiba aje nak suruh kahwin dengan anak dia. Tambahan pula, kenapa Darwish tak menolak? Hisy, mamat ni. Memang sengaja buat kepala otak aku gila! “Betul tu Fit. Kami dah lama perhatikan awak. Tak ada pula mama nampak ada buah hati ke apa. Dalam erti kata lain, kami nak meminang Darwish untuk awak sekarang ni. boleh?” sampuk Dato’ Hisham pula. Memang Datin Emelda menggelarkan dirinya mama kepadaku. Katanya dia sudah menganggap aku seperti anaknya sendiri. Memandangkan aku sebatang kara. Aku memandang wajah Dato’ Hisham dan Datin Emelda silih berganti. Sah! Orang tua berdua ni dah kena sawan. Dengan tiba-tiba aje aku jadi sasaran calon menantu mereka. Apa yang istimewanya aku? Cantik ke aku? Eh, memang cantik. Aku tersenyum sendiri. “Tapi mama dan papa tak rasa ke Darwish tak suka dengan keputusan mama dengan papa ni.” kataku lagi, memberi alasan. Apa yang aku lihat sekarang ni, Darwish tidak ambil kisah langsung. Sibuk dengan PSP-nya. Dato’ Hisham dan Datin Emelda tergelak sembari mengalihkan pandangan mereka kepada Darwish yang masih lagi khusyuk dengan PSP-nya. “Darwish tak kisah langsung. Thus, dia memang sukakan Fitri.” Beritahu Datin Emelda lagi dengan seulas senyuman dan lesung pipit yang jelas terserlah di pipinya. Alahai! Kenapalah aku boleh jadi mangsa ni? Punyalah berlambak perempuan dekat sini, kenapa aku jadi mangsa! Aku cuba memerah otak, mencari alasan yang sebaik mungkin. Bagi tidak mengecewakan permintaan Dato’ Hisham dan Datin Emelda. Bukan aku menolak, tapi aku tak rela berkahwin dengan Darwish. Bukan aku tak tahu, Darwish seorang kaki perempuan. Juga kaki botol! Depan ibu bapanya nampak baik, di belakang terserlah perangai sebenarnya. Alim-alim kucing! Tiba-tiba sahaja seseorang mengetuk pintu pejabat Dato’ Hisham. Dato’ Hisham dan Datin Emelda terdiam sebentar. Daun pintu terbuka dan tersembullah wajah Fiqroul yang segak memakai pakaian pejabat dengan seulas senyuman. Seperti biasa. “Maafkan saya kerana menganggu Dato’, ada seseorang menunggu Cik Fitri.” Beritahunya dengan nafas tercungap-cungap. Aku tahu dia berlari. Tiba-tiba sahaja terdetik satu idea di kepalaku! Aku memanggil Fiqroul untuk segera ke arahku. Datin Emelda terpinga-pinga memandang kami berdua. “Mama, papa. Saya rasa lebih baiklah kalau saya berterus terang. Daripada saya terus berahsia begini.” Aku memulakan mukadimah. Dato’ Hisham mengerutkan wajahnya. Tak terkecuali Datin Emelda, mungkin kurang mengerti dengan maksud kata-kataku. Fiqroul masih lagi berdiri kaku. Menunggu arahan seterusnya dari aku. Bunyi alat penghawa langsung tidak dapat mengatasi desah nafasku yang kian mencungap ini. Dadaku dari tadi tidak henti-henti berdebar. “Saya dan Fiqroul akan berkahwin tak lama lagi.” Ujarku spontan. Terbelalak mata Dato’ Hisham dan Datin Emelda memandangku. Darwish yang sedari tadi khusyuk dengan PSP-nya kini turut terkejut. Aku menarik tangan Fiqroul dan memegang tangannya erat. Aku dapat rasakan tangan Fiqroul mulai sejuk. Mungkin juga dia terkejut, bahana kata-kata spontan dari bibirku mungkin. Aku juga tidak dapat menahan getaran rasa yang kian memuncak di hatiku. Ini sahajalah jalan terbaik yang boleh aku lakukan demi menyelamatkan diriku dari menjadi isteri Darwish. Sungguh aku tak sanggup! Simpang malaikat empat puluh empat! Aku lebih rela jadi anak dara lanjut usia atau popular dengan nama andalusia dari menjadi isteri Darwish. “Betul. Saya dan Cik Fitri akan berkahwin tak lama lagi.” Ujar Fiqroul pula. Aku menarik nafas lega! Bersyukur kerana Fiqroul tidak memecahkan rahsiaku. Aku dapat melihat Datin Emelda mengeluh halus. Aku dapat rasakan kekecewaan di dalam hati hatinya. Dato’ Hisham tersenyum. “Baiklah, kalau macam tu pastikan betul-betul ya. Jangan berlakon pula. Saya akan upah seseorang untuk memastikan hal ni.” ujar Dato’ Hisham dengan tenang. Dan buat kali kedua aku menelan liur. ‘How come Dato’ ni boleh tahu? Tak boleh jadi ni.” fikirku di dalam hati. Aku dapat melihat senyuman sinis Darwish. Mungkin dia rasakan aku juga menipu tentang status hubunganku dengan Fiqroul. “Betul Dato’, kami akan berkahwin tak kurang dalam sebulan. Ahad ni saya akan pergi kursus perkahwinan dengan Cik Fitri.” Lancar sekali Fiqroul berkata. Langsung tidak menampakkan dia sedang berbohong. Darwish terkesima memandangku, sembari retina matanya bertukar arah. Sekejap ke arahku, dan sekejap beralih pada Fiqroul. Aku tahu dia tidak berpuas hati dengan jawapan spontan yang dituturkan oleh Fiqroul. Aku tersenyum lega. Mujurlah Fiqroul tidak mendedahkan hal yang sebenarnya. Aku memegang tangan Fiqroul, lebih erat. Dan Datin Emelda masih lagi ternganga. “Tahniah saya ucapkan Fiq, Fit. Tak sangka awak berdua menjalinkan hubungan dalam diam. Apa-apa pun, nanti bila awak berdua dah nak berkahwin, beritahu saya. Saya akan tolong sedikit-sedikit.” Kata Darwish, akhirnya dia bersuara. Hambar. Aku mengangguk dan menghadiahkan seulas senyuman buat jejaka yang kononnya menyimpan hati padaku. Sementelah aku meminta diri dengan mengatakan kami perlu ke kedai baju pengantin untuk memilih baju pengantin buat kami berdua. Lega! “Ingat pesan saya tu Fit. Once I know the truth, kamu siap.” Ujar Dato’ Hisham, seolah-olah memberi peringatan kepada aku. Seandainya aku berbohong, dia pasti akan mengerjakan aku. Ahh, aku peduli apa? Ada aku kisah? Apa yang sedang bermain di kepalaku sekarang ialah bagaimana caranya untuk memberi alasan untuk menjelaskan kepada Fiqroul tentang apa sebenarnya yang terjadi. Aku tahu dia pasti terpinga-pinga mendengar kata-kataku sebentar tadi. **** “Saya tak faham apa yang sedang berlaku sekarang ni. Cuba Cik Fitri jelaskan pada saya. Dari A hingga Z,” kata Fiqroul dengan wajah yang serius. Aku tahu dia buntu dengan reaksi spontanku sebentar tadi. Aku mencari alasan yang terbaik. Yang sejujurnya aku juga sudah kehilangan kata-kata dan idea di kepala. Apa aku nak jelaskan pada mamat ni? “Macam ni Fiq, awak kena menyamar yang kita nak kahwin.” Kataku dengan nada yang mendesak. Eh, macam desperatedesperate! Aku harus rendahkan egoku kali ini. sangat aje? Memang sangat “What!” jerit Fiqroul dengan pandangan yang tajam. Aku tahu dia terkejut. Ah, tapi aku peduli apa? Bukan aku suruh dia jadi suami aku pun. Menyamar aje! “You have to help me this time Fiq. For the human sake. Saya janji saya akan suggest awak jadi pengurus kewangan saya. Tambahan pula, saya baru aje pecat pengurus saya tu. Dia memang tak berkaliber. If you willing to help me in this, saya akan lantik awak.” Aku menggunakan kuasaku bagi memikat perhatian Fiqroul. Sebagai timbalan pengarah dan juga pengurus di bahagian sumber manusia di syarikat ini, aku mempunyai kuasa untuk memecat sesiapa sahaja di dalam syarikat ini. Dalam erti kata lain, aku sudah menjadi anak angkat Dato’ Hisham, oleh sebab itu dia memberikan aku kuasa. Dan oleh sebab itu jugalah aku dipaksa menjadi menantu mereka! Oh! Relakah aku? Tak! Memang aku tak sanggup. Melihat gambarnya yang berpelukan dengan wanita yang bukan muhrim di laman sesawang Facebook sahaja sudah membuatkan aku jelek memandangnya. Lelaki macam tu ke nak dijadikan suami aku? Oh, please! “But if Dato’ and Datin caught we’re cheating on them, macam mana? Saya pasti kena pecat. Saya tak nak macam tu Cik Fitri. Menjadi impian saya untuk bekerja dengan syarikat ini. Dah lama saya berusaha.” Fiqroul sudah mulai mengeluh. Huh! “Tentang tu awak jangan risau Fiq, kita tak akan ditangkap menipu melainkan salah seorang dari kita bukak mulut. Jangan tergedik-gedik beritahu dekat Dato’, faham?” Aku memberikannya keyakinan. Aku tahu dia ingin membantuku, tapi dalam masa yang sama dia ragu-ragu. “Okay fine. Deal. So, what should we do now?” soalnya. Aku mengangkat kedua belah bahuku. Semestinya aku tidak tahu apa langkah seterusnya! Tiba-tiba aku teringat kembali pesanan Dato’ Hisham sebentar tadi. ‘Baiklah, kalau macam tu pastikan betul-betul ya. Jangan berlakon pula. Saya akan upah seseorang untuk memastikan hal ni.’ dan kata-kata itu seumpama pita yang asyik memainkan dirinya sendiri di dalam mindaku. Tension! “Now, next step kita kena pergi daftar kursus perkahwinan. Sebab saya tahu, after this mesti Dato’ Hisham nak tengok sijil kursus kita.” aku memberi cadangan. Fiqroul mengangguk-angguk dan aku sudah anggap dia menyetujui cadangan aku. Cantik! **** Aku memandang ke arah Fiqroul dari atas ke bawah. Dia baru sahaja mencuba pakaian pengantin yang aku pilih. Nampak segak bergaya. Inilah yang orang panggil kahwin koboi. Aku sendiri tidak sangka aku akan kahwin secepat ini! Ini semua salah Darwish! “Okey?” soal Fiqroul beberapa kali sembari membetulkan pakaian yang dipakainya. Datin Emelda yang sedari tadi menemani kami memandang dengan senang, gembira. Entah mungkin dia kecewa kerana tidak dapat menjadikan aku menantunya. Eh? Riaknya aku! Macamlah aku diva sangat! Aduh! “Okey sayang. Apa-apa sahaja yang awak pakai, semuanya okey. Even kalau awak pakai baju tarzan pun saya kata okey.” Kataku, masih dengan sandiwara. Datin Emelda berada denganku lagi, hendak tak hendak aku terpaksa berlakon. “Amboi, romantiknya pasangan merpati dua sejoli ni. Mama rasa tema warna ungu pun boleh tahan cantik. Lagipun Fitri memang suka ungukan?” soal Datin Emelda lagi. Aku mengangguk. Pandanganku segera berkalih kepada Fiqroul. Proses temuduga ringkas mengenai apa yang disukai dan dibencinya semalam membuatkan aku tahu apa yang menjadi kegemaran Fiqroul dan apa yang menjadi kebencian Fiqroul. Ungu bukanlah warna pilihannya. “Tak mahulah mama. Macam mana kalau pink?” cadangku, setelah aku lihat Fiqroul tidak banyak bicara. Hanya diam membisu, kelu lidahnya mungkin. “Hisy Fitri ni! Ada ke patut pink! Bakal suami Fitri tu lelaki, bukan perempuan nak suruh dia pakai pink. Ingat dia lelaki lembut ke?” Selamba sahaja Datin Emelda memberi komen. Dan aku dapat merasakan Fiqroul sedang menahan malu. “Mana ada! Tak semestinya perempuan aje yang guna pink. Lelaki pun boleh. Nampak cute mama. Kan Darwish pernah pakai pink jugak.” Bidasku lagi. Cuba mempertahankan Fiqroul, aku lihat wajahnya sudah bertukar muram. “Suka hatilah kamu nak warna apa Fitri. Pening mama nak fikirkan!” ujar Datin Emelda sembari memicit kepalanya. Tekanan mulai menyerang kepalanya. Tambahan pula mereka belum menjamah sedikit makanan pun. Mereka pergi mencari alatan perkahwinan dengan tergesa-gesa. “Baik boss! I’m sure combination purple dengan pink akan jadi legenda dalam mana-,mana sejarah perkahwinan.” Ujarku dengan bangga. Aku sendiri pening mengapa aku boleh jadi gembira dengan perkahwinan ini. Sedangkan Fiqroul telah membuat beberapa perjanjian setelah dia mengahwini aku, dan sebelum dia mengahwini aku. Fiqroul Ashaari memang cerewet orangnya. Semuanya serba tak kena pada pandangan matanya. Datin Emelda terjeda mendengar cadanganku. Aku pasti, dia sedang terfikirkan sesuatu di dalam mindanya. “Fitri nak buat konsep kayangan tak?” Datin Emelda memberi usul. Aku ketawa kecil! Sah! Datin Emelda sudah kemaruk dengan perkahwinan angkasawan pertama Malaysia, Datuk Sheikh Muszaphar Shukor. Aku menggelengkan kepalaku berulang kali. Buat apa nak buat majlis yang besar-besar? Aku bukan kahwin dengan Fiqroul atas dasar suka sama suka. Just nak menggelakkan diri aku dari jadi isteri Darwish. Seperti yang dijanjikan, kami akan kahwin selama dua bulan dan tempoh bulan kedua aku akan duduk di rumah keluarga Fiqroul. Dan kami tidak akan tidur di atas katil yang sama. Seperti yang telah dipersetujui. Bagi bulan pertama pula, aku dan Fiqroul akan tinggal di rumah Dato’ Hisham dan Datin Emelda, mereka mahu aku tinggal bersama mereka setelah aku berkahwin. Aku tahu mereka masih meragui aku dan Fiqroul. Tamat sahaja tempoh dua bulan tersebut, Fiqroul akan menceraikan aku dengan alasan kami tidak serasi. Dan disaat itu, aku akan berpura-pura yang aku sudah tidak bersedia menerima cinta mana-mana lelaki. Bagaimana? Bijak tak rancangan yang aku rencanakan? Persis di dalam filem? Sudah tentu! Aku peminat tegar drama-drama sebegini, tak sangka aku pulak yang boleh terjebak. Hurm, dua bulan. Semuanya kedengaran mudah. Tapi aku sendiri tak pasti sama ada aku dapat menyesuaikan diriku atau tidak selama tempoh dua bulan itu. Semoga semuanya baik-baik sahaja. “So, macam mana? Setuju dengan cadangan mama?” soal Datin Emelda lagi. Setelah lama aku berjeda. Aku tersentak dari lamunanku. Fiqroul tampaknya sudah kembali memakai pakaian berwarna lain pula. “Tak naklah mama. No need that grand. Cukup buat simple aje. Lagipun..” aku hampir sahaja memecahkan rahsia perhubungan aku dan Fiqroul. Huish! Nasib baiklah aku masih pandai jaga mulut aku ni! “Lagipun apa Fitri?” soal Datin Emelda, ingin tahu. Aku tersengih. “Lagipun Fiq tak nak majlis besar-besaran. Dia kata cukup kecil-kecil aje.” kataku lagi, menudingkan kesalahan pada Fiqroul. Fiqroul menjegilkan matanya kepadaku. Ah, peduli apa aku nak besarkan mata dengan aku. Ingat aku takut? Gelakku di dalam hati. “Bukan macam tu Datin, saya rasa Fitri dah banyak membazir selama ni. So, apa salahnya masa perkahwinan kami, kami berjimat sikit. Hari esok kita tak tahu. Mungkin hari ni kita berduit, esok lusa Allah tarik balik, kita juga terkontang-kanting.” Ujar Fiqroul dengan spontan. Aku mengetap bibir. Giliran dia menyindir aku! Datin Emelda tersenyum. “Tak perlu panggil Datin lagi, call me mama aje Fiq. Betul kata Fiq tu, kekayaan di dunia bukanlah kekal sampai akhirat. Yang penting kebahagiaan kalian berdua. Mama doakan sangat-sangat kamu berdua cepat dapat cahayamata.” Luah Datin Emelda lagi. Gulp! “Erk, mama tak rasa terlalu cepat ke nak cakap soal cahaya mata? Kami kahwin pun belum lagi ni. Aduh!” keluhku. Fiqroul mengangguk, aku dapat merasakan ada resah di wajahnya. “Cepat atau lambat bukan persoalannya Fitri. Cahaya mata tu kan rezeki dari Allah, mama ni mana ada anak perempuan. Justeru mama bersyukur sangat Fitri sudi jadi anak mama. Baru aje mama bercadang nak jadikan Fitri menantu mama, tapi tak ada jodoh. Nak buat macam mana.” Kata Datin Emelda. Aku menjadi terharu dengan kata-kata Datin Emelda. Kalaulah perangai Darwish itu tidak teruk, sudah pasti aku akan menerima lamaran dari Datin Emelda dan Dato’ Hisham kerana mereka berdua telah banyak memberikan jasa kepadaku. Budi baik mereka tidak dapat aku balas rasanya. “Yalah mama. Fitri doakan Darwish segera temui jodohnya. Fitri tahu dia boleh dapat calon yang lebih baik dari Fitri.” Kataku pula. Datin Emelda menggeleng. “Susah nak jumpa orang macam Fitri. Humble and down to earth. Satu dalam seribu Fitri.” Puji Datin Emelda. “Fitri bukan bidadari yang turun dari syurga mama. Fitri ada kekurangannya. Tak semua manusia sempurna. Dari setiap sudut, pasti ada kekurangan. Lagipun mama, cinta sejati harus di kedua-dua belah pihak. Itulah yang membuatnya begitu sukar untuk diperolehi.” Pintasku. Datin Emelda mengeluh. Eh, melebih pulak aku ni. macamlah aku dengan Fiqroul cinta sejati. Cinta lakonan, cinta palsu. Atau layak digelar dengan cinta atas kertas ke? “Mama tahu Fitri, dahlah tu. Macam mana?” soal Datin Emelda, mematikan topik perbualan. Aku terdiam sejenak. Oh ya, lupa pula tentang baju perkahwinan kami. “Final decision mama, pink and purple. Is it okey with you dear?” soalku kepada Fiqroul. Fiqroul hanya mengangguk, tidak banyak membantah. Datin Emelda tersenyum. **** “Fiq tahu ma, tapi ni dah ditetapkan. Fiq harap mama dapat terima. Fiq akan balik sana dalam beberapa bulan lagi.” Bisik Fiqroul di dalam telefon. Aku mengerling ke arahnya. Pasti dia sedang berbicara dengan mamanya. Huh, tak sangka. Anak mak rupanya si Fiqroul ni. Nampak gaya macho dan segak! Kemudian aku lihat Fiqroul menutup telefon bimbitnya. “Sorry Cik Fitri, tadi mama saya call. She’s quite surprise tentang perkahwinan kita. Iyalahkan, siapa yang tak terkejut kalau tiba-tiba aje macam ni.” luah Fiqroul, sembari menumpukan perhatian pada pemanduannya. “Sorry Fiq, saya dah jebakkan awak dalam masalah saya. Saya tahu awak tak sanggup bantu saya. Maafkan saya sekali.” Ujarku, memohon maaf. Aku rasa bersalah amat sangat! “Tak apa cik Fitri. Saya ikhlas bantu Cik Fitri. Dulu Cik Fitri bantu saya, sekarang saya bantu Cik Fitri pula,” katanya dengan seulas senyuman, kemudian terserlahlah lesung pipitnya yang manis kelihatan. Ya benar, aku pernah membantunya sebelum ini. Dia hampir sahaja dibuang kerja kerana cuai. Dato’ Hisham bukan main marah, tapi aku berjaya mengawal situasi dan berjaya menyelamatkannya dari dipecat. Mungkin dari situ dia terhutang budi denganku. “Keluarga awak okey tak? Baik tak?” soalku. Aku perlu ambil tahu juga di dalam hal ini, lagi beberapa minggu sahaja kami akan melangsungkan perkahwinan. Kad kahwin juga sudah diedarkan. “Okey aje. Macam manusia biasa, tak kanibal. Tak makan orang pun. So tak ada sebab Cik Fitri nak takut.” Fiqroul berseloroh. Hisy! Sengal betul! Nak gurau-gurau pulak. Aku serius dia main-main! Sejujurnya aku masih tidak mengetahui latar belakang keluarga Fiqroul. Apa yang aku tahu dia tinggal di Sabah. Di mana tempatnya? Aku sendiri tak tahu. Aku hanya pernah menjejakan kakiku ke Pulau Sipadan sahaja. Itu pun sebab aku melancong. Tak adanya aku pernah jejakkan kaki aku ke sana. “Family awak tinggal dekat mana? Kota Kinabalu ke?” soalku, ingin tahu. “Tak adalah. Cik Fitri ni, asal cakap Sabah aje Kota Kinabalu. Asal Kota Kinabalu aje Sabah. Tak ada tempat lain ke nak sebut? Sebutlah Kota Belud ke, Keningau ke, Tawau ke.” Keluh Fiqroul. Aku terdiam. Memang betullah Sabah selalu dikaitkan dengan Kota Kinabalu, gunung tertinggi dekat Malaysia tu, siapa tak kenal? “Dah tu, awak duduk mana?” tanyaku lagi, terus ke pokok soalan. Fiqroul tersengih. Matanya masih lagi memandang ke jalan raya. Mujur tidak sesak hari ini. “Keluarga saya tinggal dekat Pulau Mengalum.” Jawab Fiqroul, ringkas. Aku terjeda. Lubuk mana dia duduk ni? Tak pernah dengar langsung aku tempat tu. Tempat jin bertendang ke? “Erk. Kat mana tu? Tak pernah dengar. Ada dalam peta Malaysia ke?” soalku lagi. Keinginanku untuk tahu membuak-buak. Haraplah tidak terlalu jauh ke pedalaman. Memang aku tak selesa. “Dekat aje. Nanti Cik Fitri akan pergi sana jugak. Sabar aje okey? Sabar itukan separuh dari iman Cik Fitri.” Ujar Fiqroul lagi. Aku mengangguk. **** Akhirnya perkahwinan di antara Fiqroul dan aku selamat dijalankan. Itupun selepas beberapa kali Fiqroul tergagap-gagap melafazkan akad nikah. Gamat satu masjid dengan telatah Fiqroul yang gugup tak kira tempat. Dan pada hari ini aku sudah sah bergelar isteri kepada Fiqroul Ashaari, kuliku, juga merangkap suamiku! Sukar dipercayai? Tapi itulah hakikatnya! Dan aku dapat lihat Darwish mendengus geram memandangku yang sedang bergambar dengan Fiqroul sebentar tadi. Hipokrit. Macam aku tak tahu si Darwish sudah ada pilihan hati. Tujuan apa nak kahwin dengan aku? Bukankah kekasihnya lebih jelita dari aku? Aku cuma wanita biasa aje. Tak ada kelebihan langsung. Bahkan aku tidak mempunyai ibu bapa. Sebatang kara. Oleh sebab itu aku tidak pernah bercinta. Komitmen utamaku hanya pada kerja. Aku tak mahu terjebak dengan cinta sebelum aku berjaya. Tapi di dalam kes ini aku terpaksa. Terima kasih kepada Fiqroul kerana menjadi penyelamat aku! “Cik Fitri, bila kita nak berangkat pergi ke rumah orang tua saya?” soal Fiqroul, di dalam bilik kami berdua. Aku mengangkat bahu. “Fiq, saya rasa untuk elak kita rasa kekok di hadapan orang tua awak dan Dato’ Hisham serta Datin Emelda, eloklah kalau kita tukar panggilan.” Kataku, bukan apa, aku bimbang kalau Fiqroul tersasul dan punah semuanya. “You call me abang, I call you sayang. Like that?” soal Fiqroul lagi. Aku berfikir sejenak. Sayang? Oh my god, skemanya! Tapi sekejap, tak ada panggilan lain ke? Aku kurang arif dalam benda ni, kali terakhir aku bercinta masa aku di Kanada dulu. Itupun bercinta dengan mat salleh. Tak lama, sekejap aje. tak sampai seminggu. Mat salleh tu panggil aku honey atau madu. Ha! Betul! Biar Fiqroul panggil aku honey! “Err, tukar Fiq. Eh, salah. Abang. Call me honey. Sayang, nampak macam old school sangat.” Komenku. Fiqroul tergelak. Dia mengangguk. “Macam-macamlah awak ni. Dah malam ni. Awak tidur atas katil, abang akan tidur atas sofa tu.” Fiqroul menuding jarinya ke atas sofa yang terletak di dalam bilik pengantin kami. “Jangan sesekali naik atas katil. Faham!” arahku. Fiqroul tergelak. Suaranya kedengaran manja di telingaku. “Jangan risau honey, abang tak akan punya. Dah, pergi tidur. Sleep well. Assalamualaikum.” Ujar Fiqroul pula. Aku mengangguk, lantas menutup lampu dan segera aku menarik selimut. Kedinginan mulai mengigit tubuhku, bahana alat penghawa dingin yang dihidupkan semaksimumnya. **** “Fiq, mari makan dulu. Lagipun, kamu tu dah naik pangkat. Bukan kerja dengan Fitri lagi.” Kata Dato’ Hisham, memanggil Fiqroul untuk sama-sama bersarapan bersama mereka. Fiqroul menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Aku tahu dia cuba mengelak. Genap sudah sebulan usia perkahwinan kami, dan seperti yang dijanjikan aku akan berhijrah ke rumah keluarga Fiqroul pula. “Err, papa. Fiq ada meeting. Fiq kena cepat.” Fiqroul memberi alasan. Ha? Meeting apa pagi-pagi buta macam ni? “Jangan nak tipu papa Fiq. Kalau ada meeting papa dah suruh Sarah batalkan semuanya. Sekarang papa nak kamu ready berkemas. Sekejap lagi Fiq dengan Fitri nak balik Sabah bukan?” kata Dato’ Hisham lagi. Aku hampir ketawa. Padan muka Fiqroul! Fiqroul kehilangan kata. Aku tahu dia sudah hilang modal untuk berkata-kata. Aku memandang ke arah lain. Hari ini aku tahu dia ingin jumpa sahabat baiknya. Ah, kali ni biar dia duduk rumah tak sampai beberapa jam lagi aku akan bertolak ke Sabah. Better dia duduk rumah, sedia. “Betul tu abang, tak payahlah pergi meeting tu. Kita duduk rumah aje ya? Lepaskan rindu dekat papa dengan mama dulu. Dengan abang Darwish sekali. Sekejap lagi kita dah nak pergi Sabahkan?” kataku pula. Fiqroul menjegilkan matanya. Sejak aku berkahwin dengan Fiqroul, aku sudah mula memanggil Darwish abang. Aku sudah menganggapnya abangku. Aku pun tidak ada beradik, jadi elok juga dia jadi abang aku dari menjadi suami aku! Selisih! “Dahlah Fiq. Duduk sini, dari kau keluar pergi pejabat, baik duduk dengan aku main PS3 ni.” pelawa Darwish pula. Huh, tulah dia. Tak habis-habis dengan PS3, PSP-nya. Tak ada benda lain ke? Akhirnya Fiqroul mengalah. “Okey abang Ish, papa, honey.” Ujar Fiqroul. Ada riak kecewa di wajahnya. Comel dia membuat wajah begitu. Aku juga tidak menyedari bahawa jantungku sudah berdegup kencang tatkala dia mengukir senyuman. Perasaan apakah ini? Tak mungkin aku sudah betul-betul jatuh cinta kepadanya. Maksud aku, tak mungkin aku jatuh cinta pada pekerjaku sendiri! Mana mungkin! Tapi mereka kata cinta itu buta. Adakah cinta itu gila juga? Tak kenal darjat dan pangkat, juga tidak mengenal usia. Kalau hati sudah sayang, bibir tidak akan mampu berkata apa-apa. Begitukah? **** “Siapa sebenarnya awak Fiq?” soalku kepada Fiqroul setelah pemandu feri membawa kami berdua ke Pulau Mengalum. Apa yang menghairankan aku, nama feri tersebut tertera nama yang serupa dengan bapa Fiqroul. Zahi-Al Azim Ferry. “Manusia biasalah. Kenapa tanya saya ni honey?” soalnya pula. Eh si Fiqroul ni, aku soal dia, dia soal aku balik! Apa yang aku tahu Fiqroul bukan dari golongan keluarga yang berada. Dahulu pun dia datang temuduga dengan pakaian yang selekeh. “Beritahu saya sekarang. Cepat.” Desakku, beberapa ketika kemudian, sebuah banglo besar yang tersergam indah di pulau yang dipanggil Pulau Mengalum itu. Aku terlopong. Sungguh aku terkejut, sangat terkejut! Atau perlu aku kata aku terkejut kuasa seribu? Setelah feri tersebut berhenti sahaja di pulau tersebut, ada dua orang wanita menanti kami. Seorang kelihatan tua, dan seorang lagi nampak muda dan cantik. Wajahnya persis Fiqroul. Mama Fiqroul mungkin? “Selamat datang ke teratak kami yang tak seberapa ni Nurfitrah.” Kata wanita yang cantik itu. Ha? Teratak yang tak seberapa? Rumah yang besar macam istana dia kata tak seberapa? Mujurlah aku tak rebah disitu. Pitam! “Terima kasih, err..” aku ingin mengucapkan terima kasih, tetapi aku ragu-ragu dengan siapa yang sedang aku berbicara sekarang. Fiqroul segera memintas. “Mama. Ini mama abang.” Kata Fiqroul. Pantas dia memeluk wanita yang cantik itu. Aku tergamam seketika. Mama? Mudanya! Cantik berseri lagi. Siapa wanita tua di sebelah mama Fiqroul pula? “Ini nenek abang. Salam cepat.” Arah Fiqroul. Wanita itu tersenyum. Kemudian datang seorang lelaki membawa beg pakaian aku masuk ke dalam rumah. Nenek serta mama Fiqroul sudah masuk ke dalam rumah dan mengajak aku masuk sekali. Aku memandang suasana rumah Fiqroul. Memang sangat cantik. Tak ubah di dalam syurga. Aku menyiku lengan Fiqroul. Aku rasa seperti mahu tumbuk-tumbuk aje mamat Fiqroul ni. Menipu aku! “Awak tak cakap awak ni kaya!” marahku. Fiqroul terkejut. “Buat apa saya nak cakap? Bukan saya yang kaya, keluarga saya yang ada duit. Saya tak ada duit pun.” Kata Fiqroul pula. Ni yang aku geram! Memang orang kaya selalu cakap macam tu ke? “Lagipun honey, hanya Allah yang kaya. Tak ada manusia yang kaya dalam dunia ni. Semua ni harta sementara aje. Faham maksud abang?” kata Fiqroul pula. Aku tersentuh. Benar katanya itu. Aku jadi malu sendiri. Aku memandang ke seluruh kawasan. Semua peralatan tersusun kemas. Pasti mama Fiqroul seorang yang kreatif. Aku memandang satu bingkai gambar yang terpampang gambar keluarga Fiqroul. Tunku Asmah Ezora. Aku menelan liur. Kerabat diraja rupanya! Nama papanya pula, Tunku Zahi Zikri Al-Azim! Sejujurnya aku memang terkejut, sangat terkejut! Fiqroul tidak pernah bercerita denganku mengenai ini. Jadi nama Fiqroul yang sebenarnya ialah Tunku Fiqroul Ashaari? Ternyata Fiqroul bukan calang-calang orang! Keperibadiannya yang merendah diri. Tidak berlagak dan tidak mendedahkan dirinya yang sebenar sedikit sebanyak menjentik hatiku. Tak seperti diriku, kalau boleh aku gemar menunjuk. Aku pernah mengalami waktu susah sewaktu aku kecil, aku selalu dicerca oleh jiranku yang kaya. Dan selalu juga aku dihina, justeru apabila aku besar sahaja aku bertekad menjadi seorang yang berjaya. Ternyata aku sendiri yang malu. Fiqroul sendiri tidak menunjuk-nunjuk. Bahkan rela menjadi pembantuku. Sedangkan hartanya sudah banyak. Buat kali keberapa aku sendiri tidak ingat, aku kelu! “Duduk Fitri. Rumah mama biasa-biasa aje. Mama tahu rumah Fitri lagi cantik.” Ujar Tunku Asmah, merendah diri. Aku berdebar-debar. “Tak adalah mama. Rumah mama cantik sangat. Pandai mama susun. Hiasannya semua beli kat luar negara ke?” soalku pula. Tunku Asmah menggeleng. “Semua hiasan ni Nenda Chik yang buat dan hias. Cantikkan?” kata Tunku Asmah, menuding jarinya pada nenek Fiqroul yang dipanggil Nenda Chik. Aku mengangguk. Memang cantik, tak dapat aku nak luah dengan kata-kata. Fiqroul tidak banyak cakap, dia hanya diam aje sepanjang Tunku Asmah menyoal aku dengan pelbagai soalan. Aku terlihat kelibat seorang lelaki yang turun dari tangga rumah mereka. Lelaki yang berkulit putih, hampir sama wajahnya dengan Fiqroul. Sah! Ini papa Fiqroul, Tunku Zahi Zikri! Nampak tegas orangnya. Garangkah? Aku segera menyalami tangan papa Fiqroul. Dia membalas hulurkanku dan tersenyum. “Dah lama sampai Fiq?” soal Tunku Zahi. Fiqroul menggelengkan kepalanya. Aku tahu Fiqroul masih letih. Jelas kelihatan wajahnya yang tidak bermaya. “Fiq penat tu Zahi, suruh dia berehat dulu.” Kata Nenda Chik. Bagus jugak, aku memang betul-betul penat ni. Perjalanan yang sangat jauh, aku rasa! “Masuk bilik dulu Fiq, nanti makan malam mama panggil Fiq dengan Fitri. Buat masa sekarang rehat dulu ya?” ujar Tunku Asmah dengan penuh prihatin. Aku tersentuh. Mama Fiqroul tampak penyayang. Juga tidak sombong. Lazimnya orang yang berpangkat besar selalu sombong dan mementingkan diri sendiri. Tapi tidak bagi keluarga Fiqroul. Aku menghadiahkan senyuman dan segera meminta diri dan mengikut Fiqroul masuk ke dalam bilik. Setiba sahaja di dalam bilik, aku menolak tubuh Fiqroul. Wajahku merah menahan marah. Aku belum berpuas hati dengan dirinya. Dia selalu menyembunyikan rahsia denganku! Tak pernah berterus-terang! “Awak keluarga yang terhormat! Kenapa tak pernah beritahu saya?” bebelku. Fiqroul mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Aku tahu dia pasti bosan mendengar bebelan aku yang tak ubah seperti minah murai. Ada aku kisah ke? “Enough said honey. Abang penat ni. Kalau nak marah, esok-esok aje okey? Right now, siapa yang nak tidur atas katil?” tanyanya dengan mata yang kuyu. Memang benar dia sudah penat. Akhirnya aku mengalah. Biarlah dia berehat dulu. “Abang ajelah tidur katil. Saya boleh tidur dekat bawah. Dah lama abang tidur dekat bawah. This time, I give you chance.” Kataku beralah. Kadang-kadang aku ni memang tak betul sikit. Sekejap panggil dia abang, sekejap bersaya awak. Huh! Aku sendiri tak faham dengan diri aku! “Wahh, mengalah kali ni ya? Bagus. Esok I’ll give you something.” Kata Fiqroul pula. Aku diam. Apa yang dia nak beri? “Apa benda yang abang nak beri?” soalku, ingin tahu. Fiqroul tergelak. “A kiss!” ujarnya dengan tawa yang nakal. Aku segera mencubit lengannya. “Jangan berani nak cium saya tanpa kebenaran!” marahku. Dia ketawa lagi. “But I’m your husband. Abang ada hak!” pintasnya. Aku sudah mengetap bibir. Geramnya cakap dengan mamat ni! “Tak ada dalam perjanjian! Jangan nak buat saya naik angin boleh?” kataku dengan seulas senyuman. Aku cuba menahan marahku. Fiqroul ketawa lagi. “Serius sangat dia ni. Bergurau pun tak boleh. Dahlah, tepi sikit. Abang nak mandi. Nak ikut?” pelawanya. Ish! Hendak aje aku menjerit sekuat hati! Sejurus melihat wajah aku kian merah, dia segera meminta maaf, dan terus masuk ke dalam bilik air. Ha! Tahu takut! Alahai, jadi gilalah aku menghabiskan masa selama sebulan dengan keluarga Fiqroul. Tapi, aku rasa tenang juga berada di samping Fiqroul. Rasa selamat dan gembira. Setidak-tidaknya ada juga orang yang membimbing aku dan memberikanku nasihat. **** “Fitri dah lama ke bercinta dengan Fiqroul?” soal Tunku Asmah, mengorek rahsiaku dengan Fiqroul. Wajahku merah, malu! “Lama jugak mama. Dalam enam bulan.” Jawab Fiqroul. “Mama tak tanya kamu la Fiq. Mama tanya Fitri. Ish!” komen Tunku Asmah. Aku ketawa. Tapi hanya di dalam hati aje. “Betul tu mama. Enam bulan.” Jawabku. “Sekejapnya. Tup tup terus kahwin. Mama terkejut jugak. Dulu Fiqroul susah nak suruh dia kahwin. Macam-macam alasan dia bagi. Tak ada calonlah. Nak fokus pada kerjayalah. Sekarang ni laju aje, balik-balik sini terus bawak bini! Mana mama tak terkejut. Anyway Fitri, welcome to our family.” Ujar Tunku Asmah, panjang lebar. Aku mengangguk. Oh! Fiqroul dengan aku tak banyak beza. Dia anak tunggal, aku juga anak tunggal. Dia mementingkan kerjaya, aku juga! Kami serasikah? Soalan itu tak mampu aku jawab! “Dah jodoh ma, nak buat macam mana. Lagipun Dato’ Hisham yang nak suruh kami kahwin cepat.” Sampuk Fiqroul pula. Ewah! Pandai pula dia kata soal jodoh! Tiba-tiba nama Dato’ Hisham terbabit. “Dato’ Hisham? Usahawan terkenal tu?” soal Tunku Zahi. Aku menganggukkan kepalaku. Tak sangka mereka turut mengenali Dato’ Hisham. Sedikit rasa bangga terjentik dalam diriku, walaupun Dato’ Hisham bukan bapa kandungku. “Jadi papa dapat berbesan dengan usahawan terkenallah ni!” Tunku Zahi berseloroh. Aku hanya tersenyum meleret. “Untunglah papa. Siapa yang tak kenal dengan Dato’ Hisham, isterinya Datin Emelda kalau tak silap. Betul tak? Pengasas produk kecantikan tu?” tebak Tunku Zahi lagi. Aku tak mampu berkata apa-apa. Hanya kepala aku sahaja yang memainkan peranan. Angguk, geleng, angguk, geleng. Aduhai! “Betul ke ni Fitri? Pengasas Emelda Cosmetics tu? Mama memang dah lama nak jumpa dengan dia. Tak sangka dia dah jadi besan mama. Setahu mama dia ada seorang anak aje. anak lelaki.” Kata Tunku Asmah pula. Aku mengangguk, buat kali berapa? Aku sendiri tak kira! “Saya anak angkat dia papa, mama.” Ujarku, berterus terang. Mereka mengangguk, faham. Kemudian keluarlah soalan yang aku sudah jangkakan dari mulut mereka. “Ibu bapa kandung Fitri?” soal Tunku Zahi, aku tersenyum kelat. “Mereka dah lama meninggal. Since I was six, back then Dato’ Hisham yang jaga saya.” Kataku, tanpa cuba berselindung lagi. Mereka mengangguk. Hisy! Apa kena ni, asyik angguk aje dari tadi! Bosan aku! Yang si Fiqroul, sibuk dengan makanan dia! Makan aje kerjanya! Aku segera mencubit peha Fiqroul. Tersedak dibuatnya dia. Hampir sahaja tersembur makanan yang sedang dikunyahnya. “Ya Allah Fiq, makan betul-betul. Gelojoh sangat makan!” marah Tunku Asmah. Aku diam. Fiqroul memandang aku dengan pandangan yang tajam. Ah sudah! Aku dah tak boleh nak tipu perasaan aku sekarang ni! Eloklah kalau aku berterus terang! Aku sudah jatuh cinta dengan Fiqroul! Benar dia kuli aku! Tapi siapa kisah? Senyumannya menawan hatiku! Dialah insan yang bersama dengan aku dalam tempoh beberapa minggu ini. Walaupun kami tidak tidur bersama. Dia benar-benar mengambil perhatian pada diriku. Tiada sedikit dia lalai dengan tanggungjawabnya. Walaupun kami kahwin ‘olok-olok’, tapi layanannya sangat istimewa. Kadang-kadang dia boleh menjadi romantik. Aku, bunga mekar yg mencari kumbangnya. Biarkan orang lain berkata-kata duka, kebahagiaan berada di tanganku sendiri. Bukan orang lain, aku tetap mengejarmu, menginginkan cintamu. Akan aku alami bahagia jika bersama dirimu. Buat tempoh ini aku tahu Fiqroul tidak mencintai diriku! Tapi akan ku cuba kejar cintanya itu, agar kebahagiaan diriku dapat di capai! **** Hari ini Tunku Asmah dan Tunku Zahi membuat majlis kesyukuran aku dan Fiqroul. Ramai kenalan-kenalan Tunku Asmah dan Tunku Zahi hadir. Tujuannya hanya ingin mengucapkan tahniah dan berkenalan dengan aku. Perlu ke? Ramai kenalan yang aku sendiri tak kenal mengucapkan tahniah kepada aku dan Fiqroul. Sesekali aku lihat Fiqroul gamat melayan saudara maranya yang asyik mengusik dirinya. Kemudian datang seorang wanita yang agak jelita, bersalaman denganku. Aku menghadiahkan senyuman. “Congrats Fitri. Awak dah jadi milik Fiqroul.” Kata wanita itu. Dia mengenakan baju gown yang seakan-akan Taylor Swift, cantik! Aku terpinga-pinga. Siapa dia? Tiba-tiba aje! “Err, thanks.” Luahku. Dia mengangguk. Aduhai! Bahagian angguk-angguk geleng-geleng yang aku paling tak suka! Memang orang dekat sini suka buat macam tu ke? Tak faham aku! “By the way, my name is Aishyatul Neyda. Just call me Neyda.” Wanita itu memperkenalkan dirinya. Aku segera mengenalkan diriku. Namanya boleh tahan sedap! “My name is Nurfitrah Rahayu. Call me Fitri.” Kataku pula. Neyda tersenyum. Cantik orangnya, mempunyai kulit yang putih. Tapi lagi cantik aku kot? Ah! Mana boleh orang lain lagi cantik dari aku! “Saya tahu. Awak anak Dato’ Hisham and Datin Emelda. Anyway Fiqroul tak cerita apa-apa dengan awak mengenai saya?” kata Neyda. Tulus sekali wajahnya. Aku menggelengkan kepalaku. Memang tak ada. “Err, tak ada. Kenapa ya Neyda?” soalku pula. Neyda tergelak. Eh, minah ni. ketawa pulak dia. Nak kata aku buat lawak, jauh sekali! “Saya bekas kekasih dia.” Kata Neyda. Ayat yang ringkas. Mudah difahami, menikam jantungku umpama panahan petir yang kuat! Auch! Aku rasa cemburu sebentar. Bekas kekasih suami aku? What! Apa motif dia jumpa dengan aku? Nak suruh lepaskan Fiqroul ke? No way! Aku dah mula cintakan Fiqroul! “So?” ujarku pula. Neyda mendengus. Mungkin dia menjangkakan aku akan memahami dirinya. Hello? Please! “Saya tahu awak kahwin dengan Fiqroul sebab takut dikahwinkan dengan Darwish.” Kata Neyda pula. Aku menelan liur. Kesat. “Eh, siapa cakap? Saya kahwin dengan Fiqroul atas sebab suka sama suka. Kalau tak, takkanlah kami happy sekarang ni Cik Neyda.” Aku mengukir senyuman. Hish perempuan ni, kalau ikutkan hati, aku dah simbah air kat muka dia sekarang ni. Atau tolak dia dekat kolam renang yang ada dekat sebelah aku ni. Busybody ya amat! Kalau ya pun aku kahwin dengan Fiqroul ‘olok-olok’, apa kaitan dengan dia? Dia ke yang tanggung kos perkahwinan aku? Dia ke? Hisy! Ni yang aku mula nak naik angin! “Let him go please.” Pinta Neyda dengan wajah yang memang aku rasakan minta dilempang berulang kali. Aku ketawa terpaksa. “No Neyda, I love him.” Luahku, seikhlas hati. Tiba-tiba sahaja Fiqroul datang dan segera memelukku erat. Ada riak cemburu di wajah Neyda, aku segera mengukir senyuman. Rasa tenang berada di dalam pelukan Fiqroul. “Abang, dah makan?” soalku, ambil tahu. Fiqroul mengangguk sembari mengucup dahiku di hadapan Neyda. Ha! Padan muka kau! Perempuan tak faham bahasa! Aku dah kata Fiqroul tak suka kau! Perasan! “Dah makan honey. Honey dah makan?” soal Fiqroul pula kepadaku. Aku menggelengkan kepalaku berulang kali, sambil mencebik. Fiqroul mengelus rambutku. Indahnya perasaan ini! Aku rasa bagaikan di awang-awangan. Seperti yang aku katakan, kali terakhir aku bercinta ialah ketika aku belajar di Kanada dahulu. Kira-kira lima tahun dahulu. Sehingga kini, pintu hatiku sepi. Tiada penghuni, justeru tiada seekor kumbang yang berani mendekati diriku. Mungkin kerana sikapku yang garang? Dalam banyak-banyak lelaki, hanya Fiqroul yang tampak mesra denganku walaupun sudah banyak kali dia dimaki dan dihamun olehku. “Kenapa ni?” Fiqroul mulai khuatir. Aku tahu dia cuma berlakon kerana mahu menunjukkan dia seorang suami yang prihatin di hadapan Neyda. Aku merengek sambil memegang perut. “Honey sakit perutlah abang! Abang suapkan boleh?” pintaku dengan manja. Fiqroul tergelak mendengar permintaanku yang bagai kanak-kanak. “Kalau sakit perut, jangan makan. Pergi rehat sana. Abang ada banyak kerja lepas ni.” kata Fiqroul pula. Aku menguatkan pelukanku. Neyda yang sedari tadi berdiri memandang kami, entah apa yang sedang melanda dirinya tika ini. Mungkin cemburu, mungkin sakit hati. Mungkin juga geram. Tapi, ada aku kisah ke semua tu? Yang penting aku gembira di sisi Fiqroul. “Eh Neyda, dah lama sampai?” Fiqroul menegur. Aku ketawa di dalam hati. Tak mungkin Fiqroul baru perasan kelibat Neyda yang sudah berdiri bagaikan patung memerhatikan lakonan kami tadi. Ke memang si Fiqroul ni tak suka pada Neyda? Soalan itu berulang-ulang di dalam kepalaku. Sementelah aku sendiri tak mampu menjawabnya. Simpan dalam buku catatan ajelah! “Dah lama jugak Fiq. Lama tak nampak you, makin hensem sekarang ya? Iyalah, orang dah ada wife. Makin terurus.” Kata Neyda, terasa hati. Alamak! Minah sorang ni touching la pulak! “Pandai-pandai aje you ni Neyda. I biasa-biasa aje. sama aje macam dulu.” Fiqroul menafikan. Eh, memang Fiqroul hensem pun. Siapa kata dia tak hensem? Mari sini aku pelangkung sorang-sorang. Getusku di dalam hati. “Iyalah tu Fiq. Kan hobi you merantau. Macam-macam negeri you pergi. Akhirnya you bawak balik orang Kuala Lumpur juga ya. Orang disini ditinggalkan, patutlah.” Sindir Neyda dengan ekor mata yang tajam. Huh! “Dah jodoh Neyda, nak buat macam mana. Semoga you cepat kahwin jugaklah ya? You ni I tengok sekarang makin berseri-seri. Mesti ramai peminat ni.” usik Fiqroul. Aku ketawa mendengar usikan spontan dari Fiqroul itu. “Okeylah Fiq, Fitri. I have to go now. Datang sini sebab nak jumpa wife you aje. tak ada niat lain. Minta diri dulu ya?” Neyda meminta diri. “Ya ke tak ada niat lain?” kataku. Aku sengaja menyindirnya. Neyda tersenyum sumbing. “Ya Fitri. Nice to meet you.” Ucap Neyda lantas berlalu pergi. Setelah Neyda berlalu pergi sahaja, Fiqroul membisikkan sesuatu kepadaku. “Kenapa perangai Neyda lain macam aje Cik Fitri?” soal Fiqroul. Sudah kembali menjadi pekerjaku. “Saya tak tahu la abang. Yang pasti she’s trying to steal you from me.” Aku berterus terang. Mudah sedikit. “What?” Fiqroul kurang percaya dengan kata-kataku. Mungkin kedengaran lucu padanya! Tapi tidak bagi aku! Aku nampak dia cuba menahan gelak. “Don’t worry abang. I will not let you go.” Kataku dengan perlahan. Aku tak tahu sama ada dia dengar atau tidak. “Why?” soalnya pula. “Because I’m just started to love you, honestly.” Luahku pula. Fiqroul terdiam. Dan aku cuma mampu mengukir senyuman. **** Aku membuka mataku, matahari sudah mulai terik memancar. Aku lihat Fiqroul masih lagi tidur di atas sofa. Wajahnya nampak letih sekali. Rasa kasihan mulai terjentik di hatiku. Segera aku melangkah ke bilik air, membersihkan diriku. Rancangan aku selepas ini ingin menyiapkan sarapan buat Fiqroul. Tempoh kontrak perkahwinan kami hampir tamat, lebih kurang dua minggu lagi. Tapi mengapa aku berasa sedih pula setiap kali menghitung waktu tersebut. Setiap kali teringat yang aku akan diceraikan tidak lama lagi, aku terasa sedih. Sangat sedih! Selesai sahaja mandi, aku segera menyiapkan sarapan buat Fiqroul, nampaknya Tunku Asmah dan Tunku Zahi tiada di rumah hari ini. Khabarnya mereka ke luar negara menguruskan hal penting. Mungkin petang sedikit baru mereka pulang. Jadi yang ada di rumah ketika ini hanya aku, Fiqroul dan Nenda Chik. Hanya tiga orang, di dalam sebuah rumah banglo yang sangat besar umpama istana ni! Memang gila! Dari kejauhan aku sudah nampak kelibat Nenda Chik yang sedang bersenam di taman. Gigih sungguh! Tak hairanlah dia nampak bertenaga lagi walaupun usia sudah mencecah tujuh puluhan. Aku segera naik ke bilik dengan membawa satu dulang yang dipenuhi dengan air sunquick, serta omelette, juga air coklat panas. Kegemaran Fiqroul. Aku menggoyang-goyangkan tubuh sasa milik Fiqroul. Aroma wangian badannya menusuk ke hidungku. Enak sekali! Wangian yang berjenama Giorgio Armani yang menjadi pilihan hati Fiqroul. Memang padan sekali dengan dirinya. “Abang, bangun. Dah pagi ni.” kejutku. Sejak aku menyedari bahawa aku sudah jatuh hati padanya, aku mulai memanggilnya abang. Fiqroul mengeliat. Matanya masih lagi terkatup. “Bangun abang, dah pagi ni. kata nak bawak saya pergi pusing-pusing pulau naik motorboat.” Ujarku lagi. Tiada reaksi. Aku membisikkan perlahan ke telinganya. Dengan tidak semena-mena Fiqroul memelukku. Aku tergamam! “Err, bangun abang. Dah pagi ni.” kataku lagi. Masih dengan nada yang sama, meski hatiku sudah berdegup kencang. Berdebar-debar. Sebuah kucupan dihadiahkan di pipiku. “Good morning honey. Awalnya bangun?” ucap Fiqroul. Perkara yang tidak dapat aku sembunyikan dari pengetahuan sesiapapun. Aku sukakan wajah lelaki yang baru sahaja bangun dari tidur. Nampak comel sekali. Well, itu bagi aku. Maybe tidak pada wanita lain. Setiap manusia ada pendapat berbeza bukan? “Mestilah, janji nak keluar. Of course bangun awal.” Selorohku. Fiqroul ketawa. Lantas dia bangun dari sofa dan bergegas ke bilik air, bajunya dicapai di dalam almari. Setelah itu,barulah dia duduk kembali di sofa. Tak sampai sepuluh minit dia mandi. Mandi kambing ke? “Cepatnya mandi. Takut air?” aku bergurau. Fiqroul menjelirkan lidahnya. Ish! Geramnya! “Salah oranglah. Fiqroul ni suka berendam dalam airlah! Mandi cepat-cepat pagi ni sebab tak tahan bau sarapan.” Kata Fiqroul, lantas mencapai gelas yang berisi air sunquick. Berselera sekali dia menjamu makanan yang terhidang di depan matanya. “Siapa masak ni?” soal Fiqroul. “Sayalah.” “Ha? Boleh percaya ke?” Fiqroul ragu-ragu. “Hish! Ingat saya tak pandai masak ke? Dah! Makan cepat! Lepas tu bawak saya pusing pulau. Okey?” desakku. Fiqroul mengangguk. Rambutnya masih belum kering lagi. Aku segera ke almari dan mengeluarkan sikat serta penyembur rambut milik Fiqroul. Tanpa disuruh, aku segera menyikat rambutnya. Aku tahu Fiqroul sudah tergamam. Tak mampu berkata apa-apa. Hampir sahaja gelas yang sedang dipegangnya jatuh pecah berderai. Lima minit berikutnya, aku segera membetulkan pakaian Fiqroul. Ha! Baru nampak kemas dan segak! “Fitri?” soal Fiqroul. Dia tergamam. Diam seribu bahasa. Tak mampu berkata apa. Speechless! “Ya saya?” sahutku. “Awak okey ke hari ni? Sihat?” ujar Fiqroul lagi. Aku hampir tergelak mendengar soalannya. Naïf! “Sihatlah, kalau tak takkan saya ada kat sini sikatkan rambut abang, buat sarapan abang. Ada faham?” kataku. Fiqroul mengangguk faham. Fokusnya kembali kepada makanan sarapan paginya. Senyumanmu yang indah, seakan mengirimkan cinta dan kasih sayang buatku. Pandangan mata redupmu, seakan menghangatkan kalbuku yang kedinginan. Bicara katamu, seakan nyanyian merdu mendamaikan hati,menghilangkan lara. Oh Fiqroul, aku penasaran cinta kernamu. Inginku pandang wajahmu di setiap tika tiada jemu, agar terubat sakit rindu di hati. Aku tersenyum sendiri. Ralit mengumam perasaan yang kian bercampur baur. Sayang dan malu! **** “Fiq, maafkan saya. Saya tahu saya bersalah. Maafkan saya. Saya dah jebak awak dalam masalah yang tak sepatutnya awak ada. Maafkan saya Fiq!” ujarku berulang kali. Aku sudah tidak dapat menahan gelora jiwaku. Biarlah aku hamburkan semuanya kepada Fiqroul. Fiqroul memandangku, aneh. Aku tahu dia hairan dengan perubahan sikapku. Aku berubah kerana dirinya juga! Hati berkata sayang, akal lalu pantas menduga. Mampukah cinta diperoleh, tak sedar bibir mengungkapkan madah puitis mengikut rasa hati. Tanpa peduli akal yg menentang! “Fitri? Are you okay? Kenapa ni? Kalau ada apa-apa masalah. Beritahu saya.” Kata Fiqroul, mengambil perhatian. Aku sudah menangis. Hari ini merupakan hari terakhir bersama kami. Sebelum tamatnya kontrak suami isteri kami. Sebelum Fiqroul melafazkan cerai. Aku takut mendengar ungkapan itu. “Fiq! I can’t lie myself anymore!” luahku. Fiqroul terpinga-pinga. Aku tahu dia tidak memahami maksud bicara butir kataku. “Apa maksud awak ni Fitri?” soal Fiqroul lagi. Aku mendengus geram. Segera aku memeluk dirinya. Membiarkan dia tergamam sebentar. Biar dia rasakan getaran dadaku. Biar dia rasakan bagaimana pedihnya jiwaku menahan sayang. “Fiq, I love you. Deep inside my heart!” Akhirnya terluah juga perkataan itu dibibirku. Aku menangis lagi. Fiqroul segera menyeka air mataku yang kian sarat melimpah. “Then, why are you crying my dear?” Fiqroul bertanya lagi. Dia sedang memujuk diriku, juga hatiku yang walang. “Sebab hari ni last kita akan hadapi masa bersama-sama. Lepas ni, no more time with you. Saya akan kembali sendirian. Awak dengan cara awak. Saya dengan cara saya. Oh my God, I don’t think I can survive.” Luahku lagi. Sedari tadi aku tidak henti-henti menjerit. Mujurlah keluarga Fiqroul mempunyai urusan di Brunei. Jika tidak pasti mereka mendengari pertengkaranku dan Fiqroul. “Siapa cakap abang nak ceraikan honey?” Fiqroul bersuara. Aku diam sebentar. Sementelah aku memandang wajahnya. Merenung anak matanya. Melihat sinar kejujuran pada bebola matanya. Tulus! “What do you mean?” soalku, dungu. Fiqroul ketawa. “Maksudnya I love you honey.” luah Fiqroul pula. Aku seakan-akan tidak percaya. Hampir sahaja aku rebah. Kata-kata yang aku nantikan dari bibir Fiqroul. Tak sangka terluah jua. Amin! Dan pada malam itu akulah yang menjadi orang yang paling bahagia sekali. Kami sama-sama bercerita, duduk bercerita di balkoni sambil memandang langit. Mengira bintang-bintang yang indah. Pada malam itu juga aku bergelar isteri Fiqroul yang sah, setelah dua bulan. Barulah aku tidur bersamanya. Sungguh aku beruntung mengecapi saat ini. Dialah insan yang membawakanku cahaya di dalam kegelapan, di kala aku kesedihan, dia menghiburkanku sehingga terukir senyuman. Dan dia jugalah yang menyambutku tiap kali aku terjatuh. **** “Dan begitulah hikayat di antara Fiqroul dan Fitri. Mereka pasangan yang bahagia, dan duduk bersama sehingga lahirlah seorang putera dan puteri kembar bernama Fatin dan Farizal.” Aku mematikan ceritaku. Anak lelakiku, Tunku Farizal Ashaari tampak gembira dengan cerita yang aku sampaikan. Sedari tadi dia tidak henti-henti tersenyum. “Alah! Pendeknya cerita dia bonda?” anak perempuanku, Tunku Nur Fatin Izzati, memprotes. Aku tergelak sambil mencubit pipinya yang montel itu. “Pendek apa sayang oi, bonda cerita dari pagi sampai dah nak petang ni. tak cukup lagi ke? Penat bonda cakap tau.” Ujarku, berpura-pura merajuk. Fatin menarik muncung sedepa. Fatin berbeza dengan Farizal, Fatin kuat membantah. Mungkin mewarisi sikapku! Tiba-tiba sahaja loceng pintu kedengaran berbunyi. Aku segera menyuruh pembantu rumahku membuka pintu. “Yea!! Ayah dah balik!” laung Fatin. Aku menggeleng-gelengkan kepalaku melihat telatah Fatin yang kepoh mengalahkan burung murai. Fiqroul segera mendukung Fatin dan mencium pipi Fatin. “Busuknya anak ayah ni. Dah mandi belum? Buat apa dengan abang Farizal dengan bonda ni?” soal Fiqroul, ingin tahu. Aku menyalam tangannya dan satu ciuman hangat dihadiahkan di dahiku. “Bonda bercerita tentang Hikayat Cinta Gila.” Kata Farizal, memberitahu Fiqroul. Aku ketawa. Fiqroul sudah berkerut dahinya. Pastinya dia tidak faham. “Cerita pasal apa tu? Ayah tak pernah dengar pun. Mana bonda dapat cerita tu?” soal Fiqroul lagi. Aku membiarkan Farizal memberi penerangan sahaja. Semakin hari anak-anakku semakin bijak dan pintar. Senang hatiku melihat mereka. “Cerita pasal seorang bos yang suka pada pekerjanya. Lepas tu diorang kahwin.” Sampuk Fatin pula. Farizal mengangguk. “Wow, macam menarik ceritanya. Izal dengan Fatin suka tak?” soal Fiqroul pada kedua-dua anaknya itu. Mereka berdua segera mengangguk. “Izal suka sebab ada nama ayah dengan bonda!” kata Farizal lagi. Hampir sahaja aku ketawa melihat wajah Fiqroul yang sudah berkerut seribu. Bingung yang pasti! “Ya ayah. Nama bos dia Nurfitrah, orang panggil Fitri. Nama pekerjanya Fiqroul. Samakan nama dengan ayah dengan bonda?” tambah Fatin lagi. Beberapa ketika kemudian, barulah Fiqroul mengerti. Dia tersenyum meleret memandangku. Dan senyuman itulah yang paling aku gemari dari dirinya. Selain lesung pipit yang pastinya menambat jiwa perempuanku. Pelangi indah mencantikkan panorama, Muncul setelah gerimis mengundang, Wajahmu kacak mengocak sukma, Bergetar jiwa tatkala memandang. Memang aku menjadi perigi yang mencari timba, kerana aku yang terhegeh-hegeh memikat cinta Fiqroul, walhal Fiqroul selamba aje. Tapi ungkapan itu mungkin dah tak wujud sekarang. Apa yang penting kebahagiaan. Kebahagiaan adalah sesuatu perkara yang penting di dalam perkahwinan. Aku doakan semoga perkahwinanku dengan Fiqroul sentiasa berkekalan. Disinari dengan dua cahayamata kami yang sememangnya menjadi penghibur suasana. Ternyata hikayat cinta kami menjadi satu sejarah yang tersendiri. Hikayat cinta gila, di mana aku hampir gila kerana cintakan Fiqroul setulus hatiku. Hampir semua orang jatuh cinta tanpa mengetahui kenapa dan bagaimana. Ianya merupakan sesuatu perasaan yang yang tak memerlukan sebarang jawapan untuk berlaku. Biarlah terus mencintai biarpun sehingga kamu kelihatan bodoh atau angau. Tapi JANGAN sesekali menyesal melakukannya.

Nuffnang ads